Melalui kajian saya juga, saya dapati dengan adanya pengangkutan awam di kawasan saya ini telah dapat menyatupadukan penduduk di taman saya tanpa mengira bangsa dan bagama. Sikap bertanggungjawab dan hormat menghormati juga telah dipupuk oleh penduduk demi memastikan perkhidmatan pengangkutan awam terus selesa. Secara tidak langsung semangat 1 Malaysia telah tersemai dalam jiwa penduduk dan juga kumpulan saya.
PERHATIAN!!!
Untuk Pelajar , Contoh Kerja kursus geografi yang disediakan di blog ini adalah khusus untuk pelajar SMK Taman Daya 2, Johor Bahru , Johor SAHAJA...
Untuk pembaca blog lain, sila ikut arahan guru sekolah anda masing-masing. Jika anda mahu mengambil entry ini sebagai contoh, sila tukar dan ikut keadaan pengangkutan anda di kawasan anda...
JANGAN TIRU 100% CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI DALAM BLOG INI.... Saya hanya membantu bukan menyuruh anda meniru... Harap Faham..
Friday 24 May 2013
RUMUSAN
Kesimpulannya, pengangkutan awam ialah satu sistem pengangkutan yang mengangkut penumpang ataupun barang ke kawasan tertentu dengan dikenakan bayaran yang tertentu. Pengangkutan awam yang ada dikawasan kajian saya ialah bas awam dan teksi. Maelalui kajian yang telah saya lakukan, saya dapati terdapat beberapa kepentingan pengangkutan seperti _______________________, _________________, ________________ dan ________________________. Terdapat juga masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan saya seperti __________________, ____________________, ____________________ dan ___________________________. Sayajuga telah mencadang beberapa langkah penyelesaian dalam masalah ini seperti ______________________, __________________, _________________ dan _____________________.
Tuesday 16 April 2013
Cadangan Mengatasi Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam
Cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam
1. Kuat kuasa undang-undang.
Melalui temubual yang
saya lakukan, tindakan tegas perlu dilakukan untuk mengatasi masalah pencemaran
bunyi dan udara ini. Aduan atau laporan perlu dibuat di Jabatan Alam Sekitar
atau Jabatan Pengangkutan Awam perlu
dilakukan. Jabatan ini akan membuat
rondaan dan menahan pengangkutan awam yang bermasalah dan mendenda dengan
denda yang setimpal.
2. Penggunaan petrol tanpa plumbum
Melalui pemerhatian saya,
pengeluran asap yang berlebihan dari bas-bas awam ini boleh dikurangkan
dengan penggunaan petrol tanpa plumbum. Penggunaan petrol ini walaupun agak
mahal tetapi boleh mengurangkan pengeluran karbon monoksida dan seterusnya mencemarkan udara.
3. Pendidikan alam sekitar
Melalui temubual
juga, saya dapati pemandu-pemandu bas
dan teksi ini perlu diberi pendidikan alam sekitar yang sewajarnya. Pendidikan
ini boleh dijalankan oleh Majlis Pembandaran Johor Bahru atau oleh Persatuan Teksi-teksi Sewa masing-msaing. Ini
akan menyedarkan mengenai sikap bertanggungjawab
dalam menjaga alam sekitar .
Cari 2 isi lagi yea…
saya boleh membantu sampai sini sahaja..
Masalah perkembangan pengangkutan awam di Taman Daya
Masalah Pengangkuatan Awam
di Taman Daya, Johor Bahru, Johor
1. Pencemaran udara.
Melalui pemerhatian , saya dapati pengangkutan awam ini telah meningkatkan
pencemaran udara. Ini kerana kebanyakan bas awam ini menggunakan minyak diesel
yang murah berbanding dengan minyak yang lain. Ini menyebabkan bas awam ini akan mengeluarkan asap yang
banyak dan mencemarkan kesihatan penduduk setempat.
2. Pencemaran bunyi
Melalui pemerhatian yang saya jalankan juga, perkhidmatan bas awam
yang ada di Taman daya ini mengeluarkan
bunyi yang sangat kuat. Kadangkala bas awam ini membunyikan hon dan
menyebabkan pencemaran bunyi berlaku.
3. Tambang mahal
Melalui temubual dengan ________________, beliau menyatakan
bahawa tambang teksi semakin mahal di Taman daya. Ini berkemungkinan kerana kedudukan taman ini berada di daerah Johor Bahru yang mempunyai kos sara
hidup yang tinggi. Dengan menaiki teksi dari jalan enau ke jalan sagu yang
jauhnya kira 2.5km sahaja sudah di caj sebanyak RM5.00.
Saya boleh bantu 3 isi sahaja..yang lain sila bincang dengan
guru kelas anda..saya harap anda tidak menulis semula sekali ( bulat-bulat
)..ubahlah ayatnya sedikit-sedikit..
Subscribe to:
Posts (Atom)