Melalui kajian saya juga, saya dapati dengan adanya pengangkutan awam di kawasan saya ini telah dapat menyatupadukan penduduk di taman saya tanpa mengira bangsa dan bagama. Sikap bertanggungjawab dan hormat menghormati juga telah dipupuk oleh penduduk demi memastikan perkhidmatan pengangkutan awam terus selesa. Secara tidak langsung semangat 1 Malaysia telah tersemai dalam jiwa penduduk dan juga kumpulan saya.
PERHATIAN!!!
Untuk Pelajar , Contoh Kerja kursus geografi yang disediakan di blog ini adalah khusus untuk pelajar SMK Taman Daya 2, Johor Bahru , Johor SAHAJA...
Untuk pembaca blog lain, sila ikut arahan guru sekolah anda masing-masing. Jika anda mahu mengambil entry ini sebagai contoh, sila tukar dan ikut keadaan pengangkutan anda di kawasan anda...
JANGAN TIRU 100% CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI DALAM BLOG INI.... Saya hanya membantu bukan menyuruh anda meniru... Harap Faham..
Showing posts with label KKG. Show all posts
Showing posts with label KKG. Show all posts
Friday, 24 May 2013
RUMUSAN
Kesimpulannya, pengangkutan awam ialah satu sistem pengangkutan yang mengangkut penumpang ataupun barang ke kawasan tertentu dengan dikenakan bayaran yang tertentu. Pengangkutan awam yang ada dikawasan kajian saya ialah bas awam dan teksi. Maelalui kajian yang telah saya lakukan, saya dapati terdapat beberapa kepentingan pengangkutan seperti _______________________, _________________, ________________ dan ________________________. Terdapat juga masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan saya seperti __________________, ____________________, ____________________ dan ___________________________. Sayajuga telah mencadang beberapa langkah penyelesaian dalam masalah ini seperti ______________________, __________________, _________________ dan _____________________.
Monday, 14 May 2012
Cadangan Mengurangkan Kesan Ekosistem Hutan
Cadangan mengurangkan Kesan Ekosistem Hutan
Terhakis
1.
Pendidikan Alam Sekitar
Pihak pemaju perumahan perlulah bekerjasama dengan majlis daerah atau
majlis pembandaran untuk membuat
beberapa program kesedaran berkenaan pendidikan alam sekitar. Selain itu juga penduduk digalakkan menanam
tumbuhan hijau disekeliling rumah dengan bantuan pemaju perumahan
2.
Pembangunan Terancang
Pihak pemaju perumahan pula perlu menyusun semula segala pembangunan
sesuatu tempat. Ini untuk mengelakkan
sebarang hakisan akan berlaku . Mereka juga perlu bertindak cepat dengan
menanam tumbuhan tutup bumidi semua kawasan lapang.
3.
Kuat Kuasa Undang-undang
Pihak kerajaan perlulah menghadkan pemberian permit kepada pemaju
perumahan dalam mereroka kawasan baru untuk tujuan pembangunan. Mereka perlu
mengambil kira mengenai kawasan-kawasan hujau yang sangat berpotensi di masa
hadapan.
Kesan Ekosistem Hutan Terganggu
Dari kajian yang dijalankan, saya dapati terdapat beberapa
kesan yang mengganggu ekosistem hutan ini. Antaranya :-
1.
Suhu Meningkat
Melalui pemerhatian saya, saya dapati terdapat banyak kawasan yang masih dalam
pembinaan. Perluasan kawasan tersebut
telah menyebabkan kawasan huta kecil atau belukar di sini telah ditebang dan di terangkan. Ini
mengurangkankan lagi kawasan hijau di kawasan kajian. Oleh itu, kurangnya kawasan hijau di sini
telah menyebabkan proses penyerapan haba kurang berlaku. Kesannya, suhu akan
meningkat dan kawasan sekitarnya semakin panas.
2.
Perubahan Landskap
Akibat perbuatan pihak pemaju yang berlumba-lumba untuk
membuat pembangunan di kawasan sekitar kawasan kajian, menyebabkan kawasan yang
dahulunya berbukit bukau dan menghijau,
telah menjadi gondola dan rata . Ini semua gara-gara pemaju yang ingin membina
kawasan perumahan atau kawasan
perniagaan.
3.
Hakisan semakin berleluasa
Disebabkan kekurangan tumbuh-tumbuhan di
kawasan kajian ini menyebabkan proses hakisan mudah berlaku. Melalui pemerhatian, saya dapati jalan-jalan telah
dicemari dengan aliran lumpur di cerun-cerun bukit yang masih tidak ditumbuhi
rumput.
4.
Kepupusan flora dan fauna
Disebabkan
pembinaan sesuatu kawasan, banyak
kawasan huta dibersihkan. Ini menyebabkan flora dan fauna pupus. Selain itu
juga, habitat haiwan juga terganggu dan haiwan-haiwan ini akan mencari habitat
lain yang bersesuaian . Kadangkala , haiwan ini akan memasuki kawasan petempatan yang berdekatan.
Saturday, 12 May 2012
Konsep Ekosistem Hutan
Ekosistem merupakan interaksi dan
hubung kait antara benda hidup (biotik ) dengan benda bukan hidup ( abiotik)
dalam alam semula jadi. Komponen biotik termasuklah semua jenis makhluk yang
hidup seperti manusia, haiwan, tumbuhan, dan micro organisma. Manakala komponen
abiotik meliputi komponen tidak hidup seperti tanah, air, angin, udara, cahaya
matahari dan sebagainya.
Sementara ekosistem hutan pula adalah hubungan antara kumpulan beberapa populasi sama ada flora dan fauna yang hidup dalam lapisan dan di permukaan tanah dan terletak pada suatu kawasan serta membentuk suatu kesatuan ekosistem.

Ekosistem hutan terganggu apabila terdapatnya aktiviti manusia yang sewenang-wenangnya meneroka kawasan hutan semula jadi untuk tujuan pembangunan.
Diharap maksud di atas membantu..
Terima kasih
Kepentingan Ekosistem hutan
Kepentingan ekosistem hutan
1. Habitat Flora dan Fauna
- Kawasan hutan menjadi habitat atau tempat tinggal berbagai-bagai jenis hidupan liar seperti burung, ular, ulat beluncasdan lain-lain lagi. Hal ini kerana tumbuh-tumbuhan yang terdapat seperti pokok senduduk, pokok kapal terbang dan lain-lain menjadi sumber makanan haiwan-haiwan tersebut. Pokok-pokok hutan menyediakan sumber makanan kepada hidupan fauna dan flora. Tanpa habitat yang seimbang dan terpelihara, proses tumbesaran pastinya akan terjejas.
2. Menyederhanakan suhu
- Hutan dapat menyederhanakan suhu melalui proses pernafasan dan fotosintesis. Oleh itu kita mesti mengekalkan sumber hutan semulajadi supaya dapat mengekalkan kelembapan udara.
3. Membekalkan oksigen
- Pokok-pokok yang hidup seperti pokok senduduk, lalang, pokok-pokok renek dan sebagainya akan membekalkan oksigen melalui proses fotosintesis.
4. Zon Penampan mengawal hakisan
- Akar tumbuh-tumbuhan hutan berfungsi untuk mencengkam tanah dan seterusnya mengurangkan keporosan tanih . Disamping itu juga akar-akar pokok juga akan mengurangkan kadar larian air di permukaan bumi. Secara tidak langsung telah menjadi penampan mengawal hakisan tanah daripada jatuh atau runtuk ke bawah.

pinjam kat en google
5.Kawasan Tadahan Air Hujan
- Kawasan hutan bertindak sebagai penadah dan penapis untuk menentukan tahap kejernihan air. Sebagaimana yang diketahui, akar pokok juga berfungsi untuk menyerap air hujan. Air dari sinilah yang akan mengalir ke permukaan sungai-sungai utama.
pinjam kat en google..tq
6. Ekopelancongan dan rekreasi
- Kadang-kadang hutan juga satu bentuk pelancongan yang berhubung kait dengan alam sekitar. Hutan boleh dijadikan kawasan rekreasi unt uk penduduk sekitarnya seperti dijadikan kawasa beriadah, berjogging, dan merehatkan minda bagi penduduk bandar.
7. Menyerap karbon dioksida
- Jika hutan ini berada di bandar, ia berfungsi untuk menyerap karbon dioksida dari asap kilang dan asap kenderaan. Secara tidak langsung hutan ini telah membantu mengimbangi lebihan karbon dioksida di udara.
Kita sepatutnya bekerjasama dan menghargai sumber alam dalam kehidupan kita supaya generasi akan datang dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.
* Untuk Pelajar PMR, sila nyatakan atau pilih 4 kepentingan sahaja dan 1 nilai murni. Sila rujuk guru anda jika tidak memahami apa yang saya tulis diblog ini..
Terima kasih..
Subscribe to:
Posts (Atom)