PERHATIAN!!!

Untuk Pelajar , Contoh Kerja kursus geografi yang disediakan di blog ini adalah khusus untuk pelajar SMK Taman Daya 2, Johor Bahru , Johor SAHAJA...

Untuk pembaca blog lain, sila ikut arahan guru sekolah anda masing-masing. Jika anda mahu mengambil entry ini sebagai contoh, sila tukar dan ikut keadaan pengangkutan anda di kawasan anda...

JANGAN TIRU 100% CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI DALAM BLOG INI.... Saya hanya membantu bukan menyuruh anda meniru... Harap Faham..

Monday 1 October 2012

Peredaran Bumi




Ini adalah salah satu tajuk yang cukup menarik yang boleh ditemui dalam buku teks Geografi Tingkatan 1.

Ramai pelajar agak keliru mengenai tajuk Putaran Bumi dan Peredaran Bumi.
Peredaran bumi adalah keadaan bumi bergerak atau beredar mengilingi matahari dengan cara melawan jam. Bumi tidak beredah mengikut jam. Peredaran ini akan menyebabkan kejadian 4 musim iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk.

Untuk mengingati kejadian 4 musim ini, saya selalu menggunakan formula " Micheal Jackson Suka Dancing "


                                                              

Untuk mengingati musim pula saya saya selalu menekankan tentang kedudukan bumi semasa bulam Mac dan semua orang sukakan bunga.

Jadi pelajar mesti ingat bahawa bulan Mac adalah musim Bunga. Bunga perlukan cahaya matahari untuk terus mekar. Cahaya matahari adalah digambarkan pada bulan Jun iaitu musim Panas.

Lama kelamaan, bunga akan  gurukan kelopak-kelopaknya  pada bulan September yang dikenali musim Luruh dan apabila semua kelopak bunga sudah luruh  akan terjadinya musim Sejuk pada bulan Disember.

Adakah anda faham? Jika guru anda mempunyai kaedah lain untuk menerangkannya..Cubalah kaedah tersebut..

Sekian, terima kasih..











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...