PERHATIAN!!!

Untuk Pelajar PMR 2013, Contoh Kerja kursus geografi yang disediakan di blog ini adalah khusus untuk pelajar SMK Taman Daya 2, Johor Bahru , Johor SAHAJA...

Untuk pembaca blog lain, sila ikut arahan guru sekolah anda masing-masing. Jika anda mahu mengambil entry ini sebagai contoh, sila tukar dan ikut keadaan pengangkutan anda di kawasan anda...

JANGAN TIRU 100% CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI DALAM BLOG INI.... Saya hanya membantu bukan menyuruh anda meniru... Harap Faham..

Wednesday, 3 April 2013

Contoh Penulisan Kaedah Kajian Kerja Kursus Geografi 2013


KAEDAH KAJIAN

Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, kami telah menggunakan beberapa kaedah iaitu:-

1) Kaedah pemerhatian
Kami telah melakukan kaedah pemerhatian di Jalan Daya di Taman Daya dengan melihat  jenis-jenis bas dan teksi yang kerap melalui jalan ini. Kami juga mengambil gambar untuk membuktikan kaedah ini digunapakai.

2) Kaedah Temu bual
Kami telah menemubual 5 orang responden yang terdiri daripada penduduk taman ini ..Soalan yang kami ajukan adalah berkisar tentang perkhidmatan bas dan teksi yang digunakan oleh mereka. Sila rujuk soalan temu bual yang disertakan.

3) Kaedah rujukan
Untuk melengkapkan lagi laporan kami ini, kami juga telah membuat beberapa rujukan di Perpustakaan SMK Taman Daya 2. Selain itu, kami juga melayari laman web yang berkaitan dengan tajuk  yang diberikan. Kami juga merujuk kepada risalah-risalah yang telah diperoleh daripada Syarikat Keck Seng (M) sdn Bhd. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...