PERHATIAN!!!

Untuk Pelajar , Contoh Kerja kursus geografi yang disediakan di blog ini adalah khusus untuk pelajar SMK Taman Daya 2, Johor Bahru , Johor SAHAJA...

Untuk pembaca blog lain, sila ikut arahan guru sekolah anda masing-masing. Jika anda mahu mengambil entry ini sebagai contoh, sila tukar dan ikut keadaan pengangkutan anda di kawasan anda...

JANGAN TIRU 100% CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI DALAM BLOG INI.... Saya hanya membantu bukan menyuruh anda meniru... Harap Faham..

Tuesday 16 April 2013

Cadangan Mengatasi Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam


Cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam

1. Kuat kuasa undang-undang.

 Melalui temubual yang saya lakukan, tindakan tegas perlu dilakukan untuk mengatasi masalah pencemaran bunyi dan udara ini. Aduan atau laporan perlu dibuat di Jabatan Alam Sekitar atau Jabatan Pengangkutan Awam  perlu dilakukan.  Jabatan ini akan membuat rondaan dan menahan pengangkutan awam yang bermasalah dan mendenda  dengan  denda yang setimpal.

2. Penggunaan petrol tanpa plumbum

Melalui pemerhatian saya,  pengeluran asap yang berlebihan dari bas-bas awam ini boleh dikurangkan dengan penggunaan petrol tanpa plumbum. Penggunaan petrol ini walaupun agak mahal tetapi boleh mengurangkan pengeluran karbon monoksida  dan seterusnya mencemarkan udara.

3. Pendidikan alam sekitar

 Melalui temubual juga, saya dapati  pemandu-pemandu bas dan teksi ini perlu diberi pendidikan alam sekitar yang sewajarnya. Pendidikan ini boleh dijalankan oleh Majlis Pembandaran Johor Bahru atau oleh  Persatuan Teksi-teksi Sewa masing-msaing. Ini akan menyedarkan  mengenai sikap bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar .

Cari  2 isi lagi yea… saya boleh membantu sampai sini sahaja..

Masalah perkembangan pengangkutan awam di Taman Daya


Masalah Pengangkuatan Awam  di Taman Daya, Johor Bahru, Johor

1. Pencemaran udara.

Melalui pemerhatian , saya dapati  pengangkutan awam ini telah meningkatkan pencemaran udara. Ini kerana kebanyakan bas awam ini menggunakan minyak diesel yang murah berbanding dengan minyak yang lain. Ini menyebabkan  bas awam ini akan mengeluarkan asap yang banyak dan mencemarkan kesihatan penduduk setempat.


2. Pencemaran bunyi

Melalui pemerhatian yang saya jalankan juga,  perkhidmatan bas  awam  yang ada di Taman daya ini mengeluarkan  bunyi yang sangat kuat. Kadangkala bas awam ini membunyikan hon dan menyebabkan pencemaran bunyi berlaku.

3. Tambang mahal

Melalui temubual dengan ________________, beliau menyatakan bahawa tambang teksi semakin mahal di Taman daya. Ini berkemungkinan  kerana kedudukan taman ini berada di  daerah Johor Bahru yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi. Dengan menaiki teksi dari jalan enau ke jalan sagu yang jauhnya kira 2.5km sahaja sudah di caj sebanyak RM5.00.

Saya boleh bantu 3 isi sahaja..yang lain sila bincang dengan guru kelas anda..saya harap anda tidak menulis semula sekali ( bulat-bulat )..ubahlah ayatnya sedikit-sedikit..

Monday 15 April 2013

Kepentingan Kegiatan Penternakan di Kangkar Tebrau, JB


Kepentingan kegiatan penternakan Kambing di Kangkar Tebrau, Johor Bahru, Johor.

1. Sumber pendapatan

Berdasarkan pemerhatian saya, penternakan kambing ini memang memberi sumber pendapatan kepada pengusaha dan penduduk sekitarnya. Ini kerana  pekerja-pekerja di pusat penternakan ini adalah terdiri daripada  penduduk atau jiran yang berdekatan.

2.  Peluang pekerjaan

Berdasarkan temu bual yang saya jalankan didapati penternakan kambing yang dijalankan ini telah memberi banyak peluang pekerjaan . Pekerjaan yang boleh dilakukan di sini ialah pekerja sepenuh masa iaitu memberi makan seharian, memerah susu kambing, menyembelih kambing, memproses daging kambing dan lain-lain lagi.

3. Sumber  bahan mentah

Berdasarkan pemerhatian saya, saya dapati , syarikat ini telah membekalkan sumber bahan mentah kepada pasar-pasar  di Johor Bahru, Pihak syarikat juga telah membekalkan susu kambing asli yang terjamin keasliannya  di pasaran  Bandar ini juga. Selain-itu juga, syarikat ini juga mengambil tempahan untuk majlis akiqah dan majlis-majlis yang lain.


No 4, sila hurai sendiri beserta nilai yea...

Konsep penternakan

Ini konsep bagi  tajuk penternakan.. harap dapat membantu pelajar-pelajar yang membuat  tajuk ini.


Konsep dan jenis kegiatan penternakan

Konsep dan jenis kegiatan penternakan
Menurut Wikipedia, penternakan adalah kegiatan menebang biak untuk mendapatkan manfaat dan hasil dari kegiatan tersebut. Pengertian penternakan tidak terbatas pada pemeliharaan sahaja, memelihara dan menternak perbezaannya pada tujuan yang ditetapkan. Tujuan penternakan ialah mencari keuntungan dengan penerapan prinsip-prinsip pengurusan pada factor yang telah dikombinasikan dengan optimum.
Jenis penternakan yang di jalankan di Kawasan kajian saya ialah penternakakan kambing. Penternakan kambing telah lama diusahakan di Kangkar Tebrau ini. Penternakan kambing ini dilakukan di dalam kandang-kandang khas yang telah dibina. Sementara kambing-kambing ini diternak untuk mendapatkan daging dan susu.


Sunday 14 April 2013

Majlis perpisahan pengetua, Pn Hjh Jamiaah Binti Kechut...


Perginya seorang pengetua yang berpindah ke sekolah lain..Pn Hj  Jamiaah Binti Kechut yang berpindah ke SMK Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.

Panitia Geografi SMK Taman Daya 2 juga turut bersedih kerana puan merupakan salah seorang guru geografi yang berpengalaman dan sangat meminati mata pelajaran Geografi..

Terasa kehilangan juga kerana  beliau merupakan penyokong kuat segala aktiviti lestari dan alam sekitar..

Semoga beliau akan terus berjaya dengan gemilangnya..

Thursday 4 April 2013

Aktiviti mencungkil bakat pelajar..

Semalam perjumpaan kelab Geografi dan Alam sekitar..

Ahli kelab telah dibahagikan kepada 2 kumpulan...Kumpulan pelajar lelaki dihendaki membersihkan tong Kitar Semula di kantin sekolah manakala kumpulan pelajar perempuan pula mencuba kraftangan menggunakan batang ais krim ...



Pelajar mula mencungkil bakat yang terpendam..


Pelajar menggunakan alam maya untuk rujukan..

Gunting-gunting, potong-potong, tampal-tampal.....

dan 

inilah hasilnya dalam masa 1 jam sahaja...


Penanda buku yang kreatif..


dan ini lagi...

Lain perjumpaan kita buat yang lain pula yea..

Wednesday 3 April 2013

Kepentingan Perkembangan Pengangkutan Awam


KEPENTINGAN PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI TAMAN DAYA, JOHOR BAHRU, JOHOR

Diantara kepentingan-kepentingan perkembangan pengangkutan awam di Taman Daya, Johor, bahru, Johor ialah:-

1.  Mengangkut Penumpang

Berdasarkan pemerhatian, kami dapati  kepentingan perkhidmatan bas awam, teksi dan bas sekolah/van sekolah adalah mengangkut penumpang. Ini kerana kebanyakan pengguna perkhidmatan ini adalah pengguna yang  tidak mempunyai kenderaan sendiri . Kami dapati juga penumpang-penumpang yang kerap meggunakan pengangkutan awam ini  adalah penduduk yang tinggal di rumah-rumah pangsa atau flet di jalan _________, jalan ________________ dan Jalan _________.

2.  Menjimatkan masa

Menurut En/Pn ____________________,  jika ingin cepat sampai ke Bandar raya Johor Bahru dengan menggunakan teksi hanya mengambil masa hanya ____________ minit sahaja.  Walaupun perlu membayar kos yang tinggi namun masa dapat dijimatkan. Ini menyebabkan ramai penduduk di taman ini masih menggunakan perkhidmatan teksi untuk menyelesaikan urusan mereka.

3. Menjimatkan kos.

Menurut en/pn/cik ____________________ pula, beliau suka menaiki bas. Ini kerana  tambang menaiki bas lebih murah daripada tambang menaiki teksi.  Untuk ke  Bnadar raya Johor Bahru mereka hanya perlu membayar  ___________ sahaja.  Menurut __________________, tambang bas dari sekolah ke rumah  masing-masing pun murah, hanya __________ sahaja. Sebab itulah mereka suka menaiki bas awam berbanding bas sekolah. 

Sesungguhnya,  penduduk Taman Daya bersyukur dengan  adanya perkhidmatan  bas, teksi dan bas sekolah ini yang memudahkan urusan seharian mereka.

Penting!!!!!
Anda perlu menghuraikan  satu lagi kepentingan  untuk mendapatkan markah penuh ..

Anda boleh pilih  kepentingan di bawah:-
1. Mengurangkan kesesakan jalan raya
2. Ketersampaian
3. Meningkatkan mobility penduduk

Selamat  untuk anda….

Jenis-jenis pengangkutan awam di Taman Daya


JENIS PENGANGKUTAN AWAM DI TAMAN DAYA, JOHOR BAHRU, JOHOR

Melalui pemerhatian yang telah kami buat di Jalan Daya, Taman Daya, Johor Bahru, Johor. Kami dapati terdapat beberapa jenis pengangkutan awam  iaitu:-

a) Bas Awam.

Terdapat  perkhidmatan bas awam yang mengangkut penumpang  melalui jalan ini. Antara bas yang menggunakan jalan ini ialah ……………………………….. dan ………………………………………..  Bas-bas ini mengangkut penunpang  di perhentian-perhentian bas yang telah disediakan mengikut jadual syarikat masing-masing. Kebanyakan penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas ini ialah  pemumpang yang ingin pergi ke kerja dan  Bandar raya Johor Bahru. Terdapat juga pelajar sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas awam ini untuk ke sekolah-sekolah yang berdekatan.

b) Teksi

Terdapat banyak perkhidmatan teksi  yang terdapat di taman ini.  Kebanyakan teksi-teksi ini menggunakan perkhidmtan pusat panggilan radio masing-masing.  Antara syarikat-syarikat radio teksi yang terdapat di taman ini ialah ___________________, _____________________, _________________ dan _________________.  Perkhidmatan teksi ini tidak mengira masa dan sentiasa  melalui jalan Daya ini. Walaupun bayaran bagi perkhidmatan bas ini mahal namun masa dapat dijimatkan.

c) Bas Sekolah /  Van Sekolah

Terdapat juga perkhidmatan bas sekolah di taman ini. Bas- bas ini dipunyai  oleh syarikat-syarikat persendirian dan penduduk-penduduk di taman ini juga.  Di taman ini terdapat  tiga buah sekolah menengah , tiga buah sekolah kebangsaan  , sebuah sekolah agama dan  banyak tadika-tadika swasta. Selain itu terdapat perkhidmatan bas sekolah bagi sekolah yang berada di luar taman ini terutamanya sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan cina dan  sekolah menengah cina di Bandar raya Johor Bahru.

Contoh Borang Temu Bual kerja kursus geografi 2013


SEK MEN KEB TAMAN DAYA 2
BORANG TEMU BUAL

1. NAMA  :  …………………………………………………….

2. UMUR   :  ………………

3. PEKERJAAN  :  …………………………………………………

4. PENGANGKUTAN AWAM YANG KERAP DIGUNAKAN  :  …………………………………

5. KENAPA SUKA MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM? NYATAKAN.

                  I) …………………………………………………

                 II)  …………………………………………………

                 III) …………………………………………………

6.  MASALAH YANG SERING DIHADAPI KETIKA MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM

                I)  …………………………………………………

                II)   ………………………………………………

                III)  ………………………………………………

7.  CADANGKAN  BAGAIMANA BOLEH MENGATASI MASALAH DIATAS

                I)  ……………………………………………

                II)  ……………………………………………

                III)  …………………………………………

TERIMA KASIH.


*Para pelajar dikendaki menemubual pengguna-pengguna perkhidmatan pengangkutan awam itu berdasarkan soalan-soalan di atas sekurang-kurangnya 3 responden.

Semoga membantu...

Tapi anda juga boleh gunakan soalan dibawah:-

1. Siapa nama?
2.Nak ke mana?
3. Suka naik apa? bas ke teksi?
4. Kenapa suka?
5. Tambang berapa?
6. Dari mana ke mana?
7. Ada masalah  tak?
8. Macam mana nak atasi?
9. Terima kasih

Ini soalan mudah jika hendak menemubual responden...


Konsep Pengangkutan Awam - kerja kursus geografi 2013


Definisi Pengangkutan Awam

Berdasarkan Wikipedia, Pengangkutan awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri.

Menurut kamus dewan dan pustaka edisi keempat pula, pengangkutan awam dapat didefinisikan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan.

Berdasarkan blog http://farahsocialwork.blogspot.com, pengangkutan awam juga merupakan pengangkutan yang disediakan oleh pihak awam yang digunakan oleh orang ramai dan dikenakan bayaran. Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa tempahan. Kebanyakan penumpang bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan diantara rumah mereka dan tempat kerja, pusat beli-belah atau pendidikan 




Contoh Penulisan Kaedah Kajian Kerja Kursus Geografi 2013


KAEDAH KAJIAN

Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, kami telah menggunakan beberapa kaedah iaitu:-

1) Kaedah pemerhatian
Kami telah melakukan kaedah pemerhatian di Jalan Daya di Taman Daya dengan melihat  jenis-jenis bas dan teksi yang kerap melalui jalan ini. Kami juga mengambil gambar untuk membuktikan kaedah ini digunapakai.

2) Kaedah Temu bual
Kami telah menemubual 5 orang responden yang terdiri daripada penduduk taman ini ..Soalan yang kami ajukan adalah berkisar tentang perkhidmatan bas dan teksi yang digunakan oleh mereka. Sila rujuk soalan temu bual yang disertakan.

3) Kaedah rujukan
Untuk melengkapkan lagi laporan kami ini, kami juga telah membuat beberapa rujukan di Perpustakaan SMK Taman Daya 2. Selain itu, kami juga melayari laman web yang berkaitan dengan tajuk  yang diberikan. Kami juga merujuk kepada risalah-risalah yang telah diperoleh daripada Syarikat Keck Seng (M) sdn Bhd. 

Contoh Penulisan Kawasan Kajian Taman Daya.


KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang telah kami pilih dalam melengkapkan lagi kajian ini ialah di Taman Daya, Johor Bahru, Johor iaitu kira-kira 14km di utara Bandar raya Johor Bahru. Taman Daya merupakan sebuah kawasan kediaman yang telah dibangunkan oleh Syarikat Keck Seng Sdn, Bhd.

Sejarah awal kawasan ini merupakan kawasan kampong yang dipenuhi dengan tanaman getah serta kelapa sawit. Pada akhir 1980-an, kawasan ini telah dibangunkan dengan jayanya sebagai sebuah kawasan petempatan utama di Johor Bahru. Kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi yang beralun serta bersaliran baik.

Kawasan Taman Daya terletak di parlimen Tebrau dan diselenggarakan oleh pihak Majlis Perbadanan Johor Bahru Tengah. Kawasan perumahan di Taman Daya ini berdekatan dengan Taman Mount Austin, Taman Setia Indah, Taman Delima dan taman-taman yang lain. Di Taman Daya, pihak pemaju perumahan telah mempertingkatkan sistem pengangkutan yang moden. Bagi penduduk taman ini yang ingin pergi ke Bandaraya Johor Bahru hanya perlu membayar sebanyak lebih kurang RM15.00 jika menaiki teksi. Manakala bagi yang menaiki bas pula, penduduk perlu membayar RM3.00 sahaja dengan mengambil masa lebih kurang 45 minit. 

Contoh penulisan Objektif Kajian Kerja Kursus Geografi 2013


OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif-objektif  kajian yang saya jalankan ialah:-

1)       Mendefinisikan konsep pengangkutan awam di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.
2)       Mengenalpasti jenis-jenis pengangkutan awam di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.
3)       Menyatakan kepentingan – kepentingan  perkembangan pengangkutan awam di Taman Daya,      Johor Bahru, Johor.
4)       Mengkaji masalah perkembangan pengangkutan awam di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.
5)       Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.
6)       Menyemai semangat bekerjasamaa dan semangat 1 Malaysia.

Contoh penulisan pendahuluan kerja kursus geografi 2013


PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan Penilaian Menegah Rendah 2011, pelajar-pelajar Tingkatan 3 diwajibkan melaksanakan Kerja Kursus geografi di sekolah. Saya dan rakan-rakan saya telah memilih tajuk “ Pengangkutan Awan Di Taman Daya, Johor Bahru, Johor”.

Kami memilih  kawasan Taman Daya  kerana  lokasi ini merupakan tempat tinggal saya. Di taman ini terdapat banyak kawasan petempatan  yang yang begitu padat dan kawasan perniagaan yang pesat membangun. Selain itu juga terdapat jalan raya utama iaitu Jalan Daya yang sentiasa sibuk yang menjadi laluan utama untuk taman-taman yang berhampiran  untuk keluar ke Bandar raya Johor Bahru. Jalan Daya ini juga merupakan jalan besar  yang menjadi penghubung Taman Setia Indah, Taman  Sri Austin, Taman Dato Onn, Taman Delima, Taman Adda Height dan taman-taman yang lain.

Untuk melengkapkan lagi kajian ini, kami telah menjalankannya selepas waktu persekolahan.Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kerja khusus ini ialah dari bulan Mac  hingga bulan Jun.Setiap pelajar perlu menulis laporan ini secara individu berdasarkan maklumat yang dikumpulkan secara berkumpulan.

Tuesday 2 April 2013

Contoh Penulisan Penghargaan Kerja Kursus Geografi 2013


PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2, Pn Jamiaah bte Kechut kerana telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya dan rakan-rakan saya membuat kajian Geografi ini. 

Terima kasih juga, saya tujukan kepada guru Geografi Tingkatan 3 Dinamik ......, Pn/ En .................. yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam membuat kerja kursus ini dari awal hinggalah siap sepenuhnya.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu dan bapa saya, ............................ dan .................................. yang telah memberikan banyak memberikan dorongan dan nasihat kepada saya bagi menyiapkan kerja khusus Geografi ini . Jasa mereka tidak dapat saya lupakan.

Tidak lupa juga kepada rakan sekelas tanpa mengira bangsa dan agama kerana sudi menolong saya bagi melengkapkan kerja khusus ini dengan sempurna terutamanya rakan sekumpulan dengan saya iaitu ......................................, .................................... , ................................... dan ..............................

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada responden-responden yang telah sudi meluangkan masa bagi menemu bual dan menjawab beberapa soalan berkenaan dengan tajuk ini

Kerja Kursus Geografi 2013

Untuk para pelajar SMK Taman Daya 2.

Sila dapatkan soalan Kerja Kursus Geografi 2013  di SINI

Untuk makluman para pelajar semua,  Semua guru geografi sekolah ini telah membuat keputusan untuk melaksanakan  tugasan 1 iaitu berkenaan Pengangkutan Awam.


TUGASAN 1  : PENGANGKUTAN AWAM

Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang pengangkutan awam di kawasan tempat tinggal anda atau kawasan kajian.

Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:


  • Konsep pengangkutan awam
  • Jenis-jenis pengangkutan awam
  • Kepentingan perkembangan pengangkutan awam
  • Masalah perkembangan pengangkutan awam
  • Cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam
  • Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

Untuk makluman anda semua, Tugasan 2 iaitu penternakan tidak sesuai dengan kawasan taman perumahan di Taman Daya ini.

Sila rujuk guru geografi anda untuk info selanjutnya..

Terima kasih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...