Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua..
Kali ini, saya ingin berkongsi berkenaan tajuk " Pulau Haba"..Pelajaran ini sebenarnya ada di buku teks Tingkatan 1 dan diulang semula dalam tajuk Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar , tajuk Tingkatan 3.
Masalahnya, walaupun ini tajuk ulangan, namun para pelajar kerap juga lupa dan masih kurang memahaminya..
Pulau haba ialah keadaan dimana suhu di bandar lebih tinggi berbanding dengan suhu di sekitarnya. Contohnya di Bandaraya Johor Bahru suhunya lebih tinggi dan panas berbanding dengan di kampung-kampung.
Bila bercakap mengenai pulau, sudah pasti para pelajar sudah menggambarkan keadaan sebuah pulau yang dikelilingi oleh air laut. Saya selalu tekankan kepada para pelajar saya bahawa pulau haba hanya berlaku di bandar-bandar besar sahaja.
Ini kerana hanya di bandar sahaja yang mempunyai bangunan-bangunan konkrit yang dibina rapat-rapat. Keadaan seperti ini akan menyebabkan penyerapan dan penyimpanan haba mudah terjadi. Disamping itu juga keadaan jalanraya yang berturap akan memanaskan lagi suhu di kawasan bandar.
Selain itu juga, di bandar-bandar kadar pencemaran udaranya agak tinggi yang terhasil daripada asap-asap kenderaan dan asap dari kawasan perkilangan. Ditambah pula dengan kekurangan kawasan hijau telah menyebabkan kawasan bandar semakin panas dan suhu jiga semakin tinggi.
Fenomena inilah yang di panggil Pulau Haba atau Pulau Haba Bandar...
Dengan penjelasan ini, saya harap para pelajar akan faham mengenai tajuk ini..\
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment