PERHATIAN!!!

Untuk Pelajar , Contoh Kerja kursus geografi yang disediakan di blog ini adalah khusus untuk pelajar SMK Taman Daya 2, Johor Bahru , Johor SAHAJA...

Untuk pembaca blog lain, sila ikut arahan guru sekolah anda masing-masing. Jika anda mahu mengambil entry ini sebagai contoh, sila tukar dan ikut keadaan pengangkutan anda di kawasan anda...

JANGAN TIRU 100% CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI DALAM BLOG INI.... Saya hanya membantu bukan menyuruh anda meniru... Harap Faham..

Sunday, 25 March 2012

Faktor Yang Mempengaruhi Perniagaan Pasar Malam


Faktor yang mempengaruhi perniagaan  pasar malam di jalan Nibong ,  Taman Daya, Johor Bahru, Johor.



1) Governan
Daripada temubual yang saya lakukan  dengan peniaga-peniaga , saya dapati peniaga di sini telah membayar sewa tapak kepada  Majlis Pembandaran Johor Bahru ( MPJB). Pihak majlis telah menyediakan tapak-tapak perniagaan kepada peniaga yang ingin menjalankan perniagaan di kawasan-kawasan yang dibenarkan sahaja.  Kemudahan tapak pasar malam yang luas juga telah menggalakkan peniaga-peniaga  menyewa tapak pasar malam  ini.

2) Modal
 Daripada pemerhatian saya juga , peniaga pasar malam  ini memulakan perniagaan mereka tidak memerlukan modal yang besar. Kebanyakan peniaga mengeluarkan modal yang kecil antara RM 200 – RM 300 untuk berniaga di pasar minggu ini. Sementara pulangan  mereka adalah besar.

3) Infrastruktur
Kemudahan infrastruktur juga mempengaruhi  perniagaan pasar malam  ini.  Daripada pemerhatian saya, saya dapati terdapat kemudahan infrastruktur yang terdapat  di sini antaranya ialah kemudahan tapak perniagaan yang selesa dan strategik, tempat meletakkan kenderaan yang luas dan tempat pembuangan sampah yang sistematik.

4) Pertambahan penduduk
Kebiasaannya pasar malam  ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli belah. Ini disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini yang semakin bertambah. Jumlah penduduk yang ramai ini sudah pastinya dapat meluaskan pasaran barangan yang dijual di pasar malam  ini.  Melalui pemerhatian saya, saya dapati bukan sahaja penduduk disekitarnya sahaja yang membeli di sini namun terdapat juga  pembeli dari taman yang berhampiran seperti Taman setia Indah, Taman  Seri Austin dan  lain-lain lagi.

5) Darjah ketersampaian
Darjah ketersampaian yang tinggi ke kawasan pasar malam  ini juga telah menggalakkan kewujudan  pasar malam  ini. Melalui pemerhatian saya, saya dapati  lokasi pasar malam ini sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah taman perumahan ini dan terletak di  tepi  jalan utama.  Terdapat  tempat perhentian bas  di kiri dan kanan jalan ini.

6) Kesesuaian waktu berniaga
Melalui temu bual dengan  ___________,  beliau suka pergi ke pasar malam  ini  kerana masa  perniagaannya yang sesuai iaitu pada petang Sabtu.  Hal ini demikian kerana pada hari biasa  beliau agak sibuk bekerja dan kepenatan untuk singgah ke pasar malam.   Sementara  masa perniagaan ini juga  sesuai iaitu di buka pada pukul 5 .00 petang hingga pukul 9.30 malam.

Saya juga bersyukur  kerana dengan  MPJB telah mewujudkan pasar malam  ini  dengan tempat  dan masa yang sesuai  yang telah memudahkan  penduduk setempat mendapatkan barangan keperluan harian.

Saturday, 24 March 2012

Kepentingan Perniagaan Pasar Malam


Kepentingan perniagaan Pasar Malam di jalan Nibong, Taman Daya, Johor Bahru, Johor

1) Menyediakan peluang pekerjaan
Perniagaan pasar minggu ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil. Sebagai contohnya, berniaga menjual air dapat memberikan pendapatan tambahan kepada peniaga. Daripada temubual yang saya lakukan bersama ______________ seorang penjual  air minuman, beliau  telah mengupah seorang pekerja yang terdiri daripada keluarganya untuk membantu beliau menjalankan perniagaan ini.

2) Meningkatkan taraf hidup/pendapatan penduduk
Perniagaan pasar minggu ini dapat memberi peluang kepada peniaga untuk meningkatkan taraf hidup dan menambah punca pendapatan mereka. Ini dipersetujui oleh seorang peniaga pasar malam iaitu ____________ yang menjual  barangan keperluan harian seperti tuala . Pendapatan daripada  jualan tersebut telah  banyak membantu beliau  menaiktarafkan  kehidupan  beliau sekeluarga.

3) Memudahkan penduduk tempatan membeli barangan
Dari pemerhatian yang telah saya lakukan, saya dapati pasar malam ini menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke pasaraya yang berdekatan seperti  Maslee, Smart dan Econsave. Dengan adanya pasar malam ini sekurang-kurangnya dapat menjimatkan masa  dan kos penduduk sekitar jalan Nibong, Taman daya ini dalam mendapatkan pelbagai barangan yang lebih segar daripada barangan yang dijual di pasaraya berkenaan

4) Membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan
Pasar minggu ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memasarkan barangan jualan mereka seperti buah-buahan, kerepek, hasil kraftangan dan lain-lain. Daripada pemerhatian yang saya  lakukan , saya dapati  terdapat beberapa penjual yang menjual  barangan keluaran mereka sendiri seperti  kebab, kek coklat, kuih muih dan lain-lain lagi.

5) menyediakan barangan segar
Daripada pemerhatian saya juga, saya dapati pasar malam  ini menjual barangan yang segar seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan harga yang berpatutan. Terdapat beberapa peniaga yang menjual sayur-sayuran kampong yang sukar didapati di Bandar-bandar.  Terdapat juga penjual  ikan segar yang menjual  barangan segar terus dari pembekal ikan di Mersing.

6) Menjimatkan kos pengguna
Melalui temu bual  dengan  ________________________, beliau telah menyatakan barangan yang dijual seperti  ikan, daging, makanan dan pakaian  di pasar malam  ini  dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga barangan yang sama di pasar raya yang berdekatan. Oleh itu, kemudahan pasar malam  ini  telah dapat menjimatkan kos pengguna dan meringankan beban kerana kos sara hidup di Bandar sememangnya tinggi.

Sesungguhnya, saya bersyukur  kerana dengan adanya pasar mala mini memudahkan penduduk di tempat saya pergi  mendapatkan  barangan keperluan harian tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.

Thursday, 22 March 2012

Konsep Perniagaan Pasar Malam


Konsep dan jenis perniagaan runcit Pasar Malam  di jalan Nibong, Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

Menurut buku teks perdagangan tingkatan empat, perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga, isi rumah atau untuk diberi kepada individu lain seperti  rakan dan jiran.
Jenis perniagaan runcit yang terdapat di Jalan Nibong 17, Taman Daya ini  ialah perniagaan runcit kecil-kecilan sahaja dan dipanggil pasar malam. Sebagai contohnya, penjual makanan dan minuman, penjual aiskrim, penjual ikan dan sayur, buah-buahan dan pakaian. Biasanya gerai yang didirikan bersifat sementara dan mereka ini akan bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain.

Jika anda mahu konsep yang lain sila klik di SINI..

Tuesday, 20 March 2012

Fenomena Ekuinoks 20 Mac 2012



Hari ini, 20 Mac 2012, pada jam 1:14 PM (Waktu Malaysia), akan berlaku fenomena Ekuinoks. Fenomena ini berlaku pada setiap bulan Mac dan Sep setiap tahun, yang mana pada saat tersebut, Matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa. Jadi, apakah sebenarnya berlaku ketika tarikh tersebut? Apakah kesannya terhadap kita di Bumi?

Jom kita berkenalan sikit dengan Ekuinoks dalam bentuk Q&A.

 Q: Kenapa ia dipanggil Ekuinoks?

A: Ia sebenarnya berasal dari perkataan Latin yang bermaksud 'equal night'.

 Q: Kenapa ia boleh berlaku?

A: Semua tahu paksi Bumi condong sebanyak 23.5 darjah. Ketika ia mengelilingi matahari, ada ketikanya paksi Bumi akan berada tegak (relatif kepada kedudukan matahari). Maka pada ketika itu, berlakulah fenomena ekuinoks.


Q: Pada tarikh equinoks itu, di mana kedudukan matahari di langit?

A: Pada ketika itu, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa.

Q: Apa kesannya kepada penduduk di Bumi.

A: Secara umumnya, ekuinoks pada bulan Mac akan menandakan bermulanya musim bunga bagi negara-negara di hemisfera utara, manakala bagi negara di hemisfera selatan, ia menandakan bermulanya musim luruh.

Q: Ada orang mengatakan pada tarikh ekuinoks ini, waktu siang dan malam adalah sama, iaitu 12 jam. Betul ke?

A: Sebenarnya kurang tepat. Ini adalah kerana waktu matahari terbit dikira pada saat nampaknya 'bentuk' matahari di atas ufuk. Walhal posisi sebenarnya matahari di langit dikira pada titik tengah bulatan matahari.

Q: Maknanya?

A: Maknanya, matahari sebenarnya terbit 'lebih awal'. Perkara yang sama berlaku apabila ia terbenam, yang mana walaupun titik tengah matahari sudahpun berada di bawah ufuk, bentuk 'bulat' matahari masih lagi kelihatan beberapa minit selepas itu.

Q: Kalau begitu, maknanya matahari kelihatan di langit lebih sikit daripada 12 jam la ye?

A: Ya, betul. Dan ada lagi satu faktor iaitu serakan cahaya di atmosfera.

Q: Apa kesan serakan atmosfera terhadap cahaya matahari?

A: Perasan tak, apabila hilangnya matahari di ufuk, ia menandakan waktu terbenam matahari dan juga menunjukkan masuknya waktu Maghrib. Ketika itu cahaya di langit masih terang. Hanya apabila menjelang Isya' sahaja, barulah cahaya kemerahan di langit hilang dan langit menjadi hitam. Itu adalah kesan cahaya matahari yang diserakkan oleh atmosfera kita.

Q: Ok, maksudnya?

A: Maksudnya, contoh, katakan waktu matahari terbenam ialah pada jam 7.30 petang, 'malam' sebenar hanya bermula pada jam lebih kurang 8.40 malam, iaitu lebih sikit dari 1 jam selepas matahari terbenam.

Q: Ok, jadi adakah kesan yang sama berlaku pada waktu Subuh?

A: Ya, pada waktu Subuh, perasan tak, langit sebenarnya sudah mula terang SEBELUM matahari terbit di ufuk timur. Oleh itu, sama kes seperti yang tadi, 'malam sebenar' telahpun berakhir sebaik sahaja azan Subuh berkumandang.

Q: Kalau begitu, siang di hari ekuinoks ialah lebih kurang beginilah ye, 12 jam + 1 jam lebih sikit + 1 jam lebih sikit, iaitu 14 jam!

A: Boleh juga dikatakan begitu, tapi jangan keliru pula!. 14 jam tu bukan bermaksud 14 jam matahari ada di atas langit!

14 jam itu ialah jumlah masa matahari berada di langit DAN waktu CAHAYA langitnya masih kelihatan selepas ia terbenam (iaitu waktu Maghrib hingga Isya, dan waktu Subuh hingga terbit mahatari). Matahari tetap terbenam pada waktu Maghrib seperti biasa.

Foto menunjukkan keadaan langit masih cerah, walaupun matahari sudah terbenam. Photo credit: Mohd Redzuan Tahar

Q: Selain dari di atas, apa faktor lain yang menyebabkan siang lebih panjang pada hari ekuinoks?

A: Faktor biasan cahaya oleh atmosfera kita, akan menyebabkan matahari masih kelihatan di ufuk, walaupun pada hakikatnya matahari sudahpun terbenam di bawah ufuk.

Gambarajah menunjukkan kedudukan matahari di ufuk dan kesian biasan atmosfera bumi
Q: Jadi, adakah waktu solat kita akan berubah pada hari ekuinoks?

A: Ehh…. tidak sekali! Waktu solat kita tetap seperti sediakala, sepertimana di paparkan di laman web JAKIM. Tidak perlu kelam-kabut hantar SMS palsu!

Q: Saya tak kata nak hantar SMS pun!

A: Memangla, tapi pernah berlaku beberapa tahun lepas, di mana kecoh apabila ada SMS tersebar yang mengatakan waktu Maghrib sudah berubah pasal fenomena Ekuinoks itu!

 Q: Ok, saya faham. Jadi, fenomena Equinoks ini berlaku tahun 2012 ini saja ke? Adakah ia ada kaitan dengan huru-hara 21.12.2012 !??
A: Laaa… mana ada kaitan pun! Ekuinoks ini sudah berlaku sejak wujudnya bumi dan matahari! Ia BUKANLAH fenomena baru! Ia sudah berlaku berulang-ulang kali! Lagipun huru-hara 2012 itu pun mengarut.

Q: Ye ke? Kenapa sebelum ini saya tak tahu? Mungkin NASA menyembunyikan sesuatu?

A: Laaa.. apa kena mengena dengan NASA pulak? Lain kali rajin-rajinlah membaca. Membaca amalan mulia!

 Q: Ok ok, jangan marah. Terima kasih!

A: Sama-sama :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...