Kepentingan perniagaan Pasar Malam di jalan Nibong, Taman Daya, Johor Bahru, Johor
1) Menyediakan peluang pekerjaan
Perniagaan pasar minggu ini dapat menyediakan peluang
pekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil. Sebagai contohnya, berniaga menjual air
dapat memberikan pendapatan tambahan kepada peniaga. Daripada temubual yang
saya lakukan bersama ______________ seorang penjual air minuman, beliau telah mengupah seorang pekerja yang terdiri
daripada keluarganya untuk membantu beliau menjalankan perniagaan ini.
2) Meningkatkan taraf hidup/pendapatan penduduk
Perniagaan pasar minggu ini dapat memberi peluang kepada
peniaga untuk meningkatkan taraf hidup dan menambah punca pendapatan mereka.
Ini dipersetujui oleh seorang peniaga pasar malam iaitu ____________ yang
menjual barangan keperluan harian
seperti tuala . Pendapatan daripada
jualan tersebut telah banyak
membantu beliau menaiktarafkan kehidupan
beliau sekeluarga.
3) Memudahkan penduduk tempatan membeli barangan
Dari pemerhatian yang telah saya lakukan, saya dapati pasar
malam ini menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke pasaraya
yang berdekatan seperti Maslee, Smart
dan Econsave. Dengan adanya pasar malam ini sekurang-kurangnya dapat
menjimatkan masa dan kos penduduk
sekitar jalan Nibong, Taman daya ini dalam mendapatkan pelbagai barangan yang
lebih segar daripada barangan yang dijual di pasaraya berkenaan
4) Membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan
Pasar minggu ini memberi peluang kepada penduduk tempatan
untuk memasarkan barangan jualan mereka seperti buah-buahan, kerepek, hasil
kraftangan dan lain-lain. Daripada pemerhatian yang saya lakukan , saya dapati terdapat beberapa penjual yang menjual barangan keluaran mereka sendiri seperti kebab, kek coklat, kuih muih dan lain-lain
lagi.
5) menyediakan barangan segar
Daripada pemerhatian saya juga, saya dapati pasar malam ini menjual barangan yang segar seperti ikan,
sayur-sayuran dan buah-buahan dengan harga yang berpatutan. Terdapat beberapa
peniaga yang menjual sayur-sayuran kampong yang sukar didapati di Bandar-bandar. Terdapat juga penjual ikan segar yang menjual barangan segar terus dari pembekal ikan di
Mersing.
6) Menjimatkan kos pengguna
Melalui temu bual
dengan ________________________,
beliau telah menyatakan barangan yang dijual seperti ikan, daging, makanan dan pakaian di pasar malam ini
dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga barangan yang sama
di pasar raya yang berdekatan. Oleh itu, kemudahan pasar malam ini
telah dapat menjimatkan kos pengguna dan meringankan beban kerana kos
sara hidup di Bandar sememangnya tinggi.
Sesungguhnya, saya bersyukur
kerana dengan adanya pasar mala mini memudahkan penduduk di tempat saya
pergi mendapatkan barangan keperluan harian tanpa mengeluarkan
kos yang tinggi.
No comments:
Post a Comment