PERHATIAN!!!

Untuk Pelajar , Contoh Kerja kursus geografi yang disediakan di blog ini adalah khusus untuk pelajar SMK Taman Daya 2, Johor Bahru , Johor SAHAJA...

Untuk pembaca blog lain, sila ikut arahan guru sekolah anda masing-masing. Jika anda mahu mengambil entry ini sebagai contoh, sila tukar dan ikut keadaan pengangkutan anda di kawasan anda...

JANGAN TIRU 100% CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI DALAM BLOG INI.... Saya hanya membantu bukan menyuruh anda meniru... Harap Faham..

Sunday, 29 April 2012

Soalan Kerja Kursus Geografi 2012

Kepada semua pelajar PMR SMK Taman Daya 2, Sila  dapatkan salinan soalan tugasan dan  bagaimana cara membuat kerja kursus yang cemerlang di  Soalan Kerja Kursus Geografi.

Sebarang kemusykilan , sila berhubung dengan guru kelas anda.

Terima Kasih..

Sunday, 8 April 2012

Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Pasar Malam


Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit di Jln Nibong, Taman Daya, Johor Bahru, Johor

1. Kuat kuasa undang-undang
 Pihak berkuasa   seperti MPJB   perlulah bertindak tegas dengan  mengenakan saman kepada kenderaan yang  diletakkan  di bahu-bahu jalan.  Sementara pihak RELA perlulah  mengawal lalu lintas di jalan utama supaya  perjalanan   masuk dan keluar di pasar malam  ini berjalan lancar.

2. Pengawalan harga
Pihak MPJB  juga perlu sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual di pasar malam   ini bagi mengelakkan pembeli daripada ditipu oleh pihak peniaga. Mereka hendaklah memeriksa dan memantau peniaga supaya meletakkan tanda harga pada setiap barang yang dijual supaya para pembeli mengetahui harga . Sekiranya terdapat peniaga yang menjual barangan pada harga yang mahal, tindakan tegas perlulah diambil.

3. Kempen kesedaran
Pengurusan pasar malam   boleh menggunakan risalah – tampal poster dan banner bagi memberi kesedaran kepada pengunjung dan peniaga berkenaan  masalah sosial yang kerap berlaku di pasar malam  ini.  Contohnya  peringatan tentang peragut .

4. Menyediakan kemudahan asas
Pihak pengurusan pasar malam perlulah  menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan perniagaan bagi memudahkan peniaga membuang sisa dan sampah ke dalam tong tersebut.  Mereka perlulah sentiasa mengingatkan para peniaga supaya membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan  sejurus sahaja selesai segala urusan pengemasan  kawasan perniagaan mereka.  Peniaga juga perlu  mengumpulkan sampah mereka ke dalam  plastic-plastik sampah dan diikat rapi untuk di ambil oleh petugas.

5. Pemeriksaan Kesihatan  Kepada Peniaga
Pihak MPJB dan pegawai kesihatan hendaklah bekerjasama memantau  tahap kebersihan makanan  yang dijual oleh  para peniaga. Ini memastikan makanan yang dijual berkualiti dan tidak tercemar.

Saya  merasakan  amalan bekerjasama dan muafakat perlulah  dipupuk antara peniaga dan pembeli  agar  dapat mengatasi  semua masalah yang dihadapai di pasar malam  ini.

Sunday, 1 April 2012

Kesan Negatif Perniagaan Pasar Malam


Kesan negatif perniagaan  pasar malam di Jalan Nibong, Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa kesan negatif yang telah dikenalpasti.

1. Masalah sosial
Melalui pemerhatian saya, saya dapati pasar malam ini menjadi tempat golongan remaja berpeleseran dan melakukan perbuatan yang menjolok mata seperti berpegangan tangan dan memakai pakaian yang kurang sopan. Malah saya jangka kejadian pelanggan yang mencuri barangan perniagaan juga kerap berlaku. Ini kerana   para peniaga juga kurang menitik beratkan aspek keselamatan pada masa puncak iaitu semasa orang  terlalu ramai.  Sudah pasti kejadian sedemikian akan berlaku .

2. Persaingan dengan kedai runcit tempatan
Kewujudan pasar malam  ini sebenarnya telah memberikan persaingan kepada kedai runcit dan kedai makan  yang berhampiran.  Dibahagian hadapan pasar mala mini sahaja mempunyai banyak kedai  runcit, kedai makan, dan kedai-kedai lain..Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puashati kerana pelanggan kedai runcit tempatan akan kehilangan pelanggan dan akibatnya mereka akan mengalami kerugian.

3. Pencemaran
Melalui pemerhatian saya juga, saya dapati  kebiasaannya selepas habis berniaga iaitu kira-kira pukul 10.00 malam, persekitaran kawasan pasar  malam  ini akan dipenuhi dengan sampah sarap. Sementara peniaga yang menjual  barangan yang berkuah atau dalam bentuk cecair pula akan membuang  sisa jualan mereka ke dalam longkang. Ini akan menyebabkan  air longkang akan  kotor dan mendapan akan berlaku.

4. Kesesakan lalu lintas
Masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati terutamanya di bahu-bahu jalan yang mengganggu dan menyekat kenderaan lain.  Hal ini demikian kerana sikap  pengguna yang mementingkan diri dan tidak mahu meletakkan kenderaan  mereka di kawasan parker yang telah disediakan.  Ini menyebabkan  perjalanan masuk dan keluar ke pasar malam  ini agak perlahan dan panjang.


5. Harga tanpa kawalan
Daripada pemerhatian juga, saya dapati  kebanyakan harga barang di pasar malam  ini tidak dipantau oleh pihak kerajaan. Oleh itu, terdapat kemungkinan pengunjung akan ditipu oleh peniaga yang menjual barangan melebihi harga biasa. 

6. Barangan tidak berkualiti
Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan, saya dapati  terdapat peniaga yang menjual barangan yang tidak berkualiti dan mudah rosak.  Ini akan menyebabkan  pengguna akan  sakit. Contohnya ada buah-buahan yang dijual murah tetapi mudah rosak. Pakaian juga ada  yang tiruan dan jahitannya tidak berkualiti.

Saya  sebagai  penduduk di taman   ini merasa  bertanggungjawab    dalam memastikan   tahap kebersihan  di kawasan perumahan ini dan  penduduk seharusnya  bekerjasama  bersama-sama peniaga dalam menyelesaikan masalah ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...