Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit
di Jln Nibong, Taman Daya, Johor Bahru, Johor
1. Kuat kuasa undang-undang
Pihak berkuasa seperti MPJB
perlulah bertindak tegas dengan
mengenakan saman kepada kenderaan yang
diletakkan di bahu-bahu
jalan. Sementara pihak RELA
perlulah mengawal lalu lintas di jalan
utama supaya perjalanan masuk
dan keluar di pasar malam ini berjalan lancar.
2. Pengawalan harga
Pihak MPJB juga perlu
sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual di pasar malam ini
bagi mengelakkan pembeli daripada ditipu oleh pihak peniaga. Mereka hendaklah
memeriksa dan memantau peniaga supaya meletakkan tanda harga pada setiap barang
yang dijual supaya para pembeli mengetahui harga . Sekiranya terdapat peniaga
yang menjual barangan pada harga yang mahal, tindakan tegas perlulah diambil.
3. Kempen kesedaran
Pengurusan pasar malam
boleh menggunakan risalah – tampal
poster dan banner bagi memberi kesedaran kepada pengunjung dan peniaga
berkenaan masalah sosial yang kerap berlaku
di pasar malam ini. Contohnya
peringatan tentang peragut .
4. Menyediakan kemudahan asas
Pihak pengurusan pasar malam perlulah menyediakan lebih banyak tong sampah di
kawasan perniagaan bagi memudahkan peniaga membuang sisa dan sampah ke dalam
tong tersebut. Mereka perlulah sentiasa
mengingatkan para peniaga supaya membuang sampah ke dalam tong sampah yang
disediakan sejurus sahaja selesai segala
urusan pengemasan kawasan perniagaan
mereka. Peniaga juga perlu mengumpulkan sampah mereka ke dalam plastic-plastik sampah dan diikat rapi untuk
di ambil oleh petugas.
5. Pemeriksaan Kesihatan
Kepada Peniaga
Pihak MPJB dan pegawai kesihatan hendaklah bekerjasama memantau tahap kebersihan makanan yang dijual oleh para peniaga. Ini memastikan makanan yang
dijual berkualiti dan tidak tercemar.
Saya merasakan amalan bekerjasama dan muafakat perlulah dipupuk antara peniaga dan pembeli agar
dapat mengatasi semua masalah
yang dihadapai di pasar malam ini.
3 comments:
THANKS... COOL... Sebenarnye, isi isi ni bkan tuk bdk form 3 je... bdk form 1 SMK DATIN ONN JAAFAR pon perlukannya jga... untung jumpe laman ni... klu x... okey lh ape ape pun THANKS... ^_^
THANKS......... COOL........ Hurm, x sangka dpt jmpe laman ni... nk thu x? bkan bdk form 3 je yg perlukn isi isi ni, tpi bdk form 1 SMK Datin Onn Jaafar pon need it... Ape pe pun thanks sangat sangat.... klu x.... ^_^
Fantastic beat ! I wish to apprentice while yyou amend your website, how
could i subscribe for a blog site? The account aided me a
applicable deal. I have been tiny bit acquainted
of this your broadcast provided vivid clear concept
Post a Comment