PERHATIAN!!!

Untuk Pelajar , Contoh Kerja kursus geografi yang disediakan di blog ini adalah khusus untuk pelajar SMK Taman Daya 2, Johor Bahru , Johor SAHAJA...

Untuk pembaca blog lain, sila ikut arahan guru sekolah anda masing-masing. Jika anda mahu mengambil entry ini sebagai contoh, sila tukar dan ikut keadaan pengangkutan anda di kawasan anda...

JANGAN TIRU 100% CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI DALAM BLOG INI.... Saya hanya membantu bukan menyuruh anda meniru... Harap Faham..

Sunday, 1 April 2012

Kesan Negatif Perniagaan Pasar Malam


Kesan negatif perniagaan  pasar malam di Jalan Nibong, Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa kesan negatif yang telah dikenalpasti.

1. Masalah sosial
Melalui pemerhatian saya, saya dapati pasar malam ini menjadi tempat golongan remaja berpeleseran dan melakukan perbuatan yang menjolok mata seperti berpegangan tangan dan memakai pakaian yang kurang sopan. Malah saya jangka kejadian pelanggan yang mencuri barangan perniagaan juga kerap berlaku. Ini kerana   para peniaga juga kurang menitik beratkan aspek keselamatan pada masa puncak iaitu semasa orang  terlalu ramai.  Sudah pasti kejadian sedemikian akan berlaku .

2. Persaingan dengan kedai runcit tempatan
Kewujudan pasar malam  ini sebenarnya telah memberikan persaingan kepada kedai runcit dan kedai makan  yang berhampiran.  Dibahagian hadapan pasar mala mini sahaja mempunyai banyak kedai  runcit, kedai makan, dan kedai-kedai lain..Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puashati kerana pelanggan kedai runcit tempatan akan kehilangan pelanggan dan akibatnya mereka akan mengalami kerugian.

3. Pencemaran
Melalui pemerhatian saya juga, saya dapati  kebiasaannya selepas habis berniaga iaitu kira-kira pukul 10.00 malam, persekitaran kawasan pasar  malam  ini akan dipenuhi dengan sampah sarap. Sementara peniaga yang menjual  barangan yang berkuah atau dalam bentuk cecair pula akan membuang  sisa jualan mereka ke dalam longkang. Ini akan menyebabkan  air longkang akan  kotor dan mendapan akan berlaku.

4. Kesesakan lalu lintas
Masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati terutamanya di bahu-bahu jalan yang mengganggu dan menyekat kenderaan lain.  Hal ini demikian kerana sikap  pengguna yang mementingkan diri dan tidak mahu meletakkan kenderaan  mereka di kawasan parker yang telah disediakan.  Ini menyebabkan  perjalanan masuk dan keluar ke pasar malam  ini agak perlahan dan panjang.


5. Harga tanpa kawalan
Daripada pemerhatian juga, saya dapati  kebanyakan harga barang di pasar malam  ini tidak dipantau oleh pihak kerajaan. Oleh itu, terdapat kemungkinan pengunjung akan ditipu oleh peniaga yang menjual barangan melebihi harga biasa. 

6. Barangan tidak berkualiti
Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan, saya dapati  terdapat peniaga yang menjual barangan yang tidak berkualiti dan mudah rosak.  Ini akan menyebabkan  pengguna akan  sakit. Contohnya ada buah-buahan yang dijual murah tetapi mudah rosak. Pakaian juga ada  yang tiruan dan jahitannya tidak berkualiti.

Saya  sebagai  penduduk di taman   ini merasa  bertanggungjawab    dalam memastikan   tahap kebersihan  di kawasan perumahan ini dan  penduduk seharusnya  bekerjasama  bersama-sama peniaga dalam menyelesaikan masalah ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...