PERHATIAN!!!

Untuk Pelajar , Contoh Kerja kursus geografi yang disediakan di blog ini adalah khusus untuk pelajar SMK Taman Daya 2, Johor Bahru , Johor SAHAJA...

Untuk pembaca blog lain, sila ikut arahan guru sekolah anda masing-masing. Jika anda mahu mengambil entry ini sebagai contoh, sila tukar dan ikut keadaan pengangkutan anda di kawasan anda...

JANGAN TIRU 100% CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI DALAM BLOG INI.... Saya hanya membantu bukan menyuruh anda meniru... Harap Faham..

Sunday, 24 June 2012

Beza Greenland dan Iceland

Jika kita belajar Geografi, kita selalu mendengar cikgu-cikgu kita menyebut Greenland  dan Iceland...

Kedua-duanya ini adalah nama tempat. Dan jika anda melihat gambar di bawah, janganlah anda keliru yea...



Greenland - Sebuah kawasan yang sejuk..Dalam bahasa melayu ialah tanah yang hijau...tetapi realitinya, Greenland merupakan sebuah pulau terbesar  di dunia..Seluruh Greenland mengalami iklim Artik atau iklim Tundra. Keadaan cuaca di sana mengikut musim seperti musim sejuk  mengalami 24 jam siang atau  disebut "matahari tengah malam". Musim sejuk malam sangat panjang.

Iceland - Sebuah pulau yang kecil..Dalam bahasa melayu terjemahannya ialah tanah yang berais...tetapi realitinya Iceland mengalami 4 musim. Dalam geografi,  kita akan berjumpa dengan nama Iceland ini dalam tajuk sumber tenaga lain,  Tingkatan 3. Iceland menggunakan tenaga Geoterma iaitu tenaga yang diperoleh secara semula jadi di dalam bumi yang mempunyai pengaruh gunung berapi, mata air panas dan geiser. Sumber ini dapat digunakan untuk menjana tenaga elektrik  kerana bersih dan tidak mencemar udara.


Gambar ambil digoogle- gambar sebenar geiser..

Semoga anda tidak terkeliru lagi...


2 comments:

Tinta Emas said...

geografi mmg seronok..

NurAzfarAziz said...

Terima kasih diatas perkongsian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...