Jika kita belajar Geografi, kita selalu mendengar cikgu-cikgu kita menyebut Greenland dan Iceland...
Kedua-duanya ini adalah nama tempat. Dan jika anda melihat gambar di bawah, janganlah anda keliru yea...
Greenland - Sebuah kawasan yang sejuk..Dalam bahasa melayu ialah tanah yang hijau...tetapi realitinya, Greenland merupakan sebuah pulau terbesar di dunia..Seluruh Greenland mengalami iklim Artik atau iklim Tundra. Keadaan cuaca di sana mengikut musim seperti musim sejuk mengalami 24 jam siang atau disebut "matahari tengah malam". Musim sejuk malam sangat panjang.
Iceland - Sebuah pulau yang kecil..Dalam bahasa melayu terjemahannya ialah tanah yang berais...tetapi realitinya Iceland mengalami 4 musim. Dalam geografi, kita akan berjumpa dengan nama Iceland ini dalam tajuk sumber tenaga lain, Tingkatan 3. Iceland menggunakan tenaga Geoterma iaitu tenaga yang diperoleh secara semula jadi di dalam bumi yang mempunyai pengaruh gunung berapi, mata air panas dan geiser. Sumber ini dapat digunakan untuk menjana tenaga elektrik kerana bersih dan tidak mencemar udara.
Gambar ambil digoogle- gambar sebenar geiser..
Semoga anda tidak terkeliru lagi...
2 comments:
geografi mmg seronok..
Terima kasih diatas perkongsian
Post a Comment