Cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam
1. Kuat kuasa undang-undang.
Melalui temubual yang
saya lakukan, tindakan tegas perlu dilakukan untuk mengatasi masalah pencemaran
bunyi dan udara ini. Aduan atau laporan perlu dibuat di Jabatan Alam Sekitar
atau Jabatan Pengangkutan Awam perlu
dilakukan. Jabatan ini akan membuat
rondaan dan menahan pengangkutan awam yang bermasalah dan mendenda dengan
denda yang setimpal.
2. Penggunaan petrol tanpa plumbum
Melalui pemerhatian saya,
pengeluran asap yang berlebihan dari bas-bas awam ini boleh dikurangkan
dengan penggunaan petrol tanpa plumbum. Penggunaan petrol ini walaupun agak
mahal tetapi boleh mengurangkan pengeluran karbon monoksida dan seterusnya mencemarkan udara.
3. Pendidikan alam sekitar
Melalui temubual
juga, saya dapati pemandu-pemandu bas
dan teksi ini perlu diberi pendidikan alam sekitar yang sewajarnya. Pendidikan
ini boleh dijalankan oleh Majlis Pembandaran Johor Bahru atau oleh Persatuan Teksi-teksi Sewa masing-msaing. Ini
akan menyedarkan mengenai sikap bertanggungjawab
dalam menjaga alam sekitar .
Cari 2 isi lagi yea…
saya boleh membantu sampai sini sahaja..