PERHATIAN!!!

Untuk Pelajar , Contoh Kerja kursus geografi yang disediakan di blog ini adalah khusus untuk pelajar SMK Taman Daya 2, Johor Bahru , Johor SAHAJA...

Untuk pembaca blog lain, sila ikut arahan guru sekolah anda masing-masing. Jika anda mahu mengambil entry ini sebagai contoh, sila tukar dan ikut keadaan pengangkutan anda di kawasan anda...

JANGAN TIRU 100% CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI DALAM BLOG INI.... Saya hanya membantu bukan menyuruh anda meniru... Harap Faham..

Sunday, 25 March 2012

Faktor Yang Mempengaruhi Perniagaan Pasar Malam


Faktor yang mempengaruhi perniagaan  pasar malam di jalan Nibong ,  Taman Daya, Johor Bahru, Johor.



1) Governan
Daripada temubual yang saya lakukan  dengan peniaga-peniaga , saya dapati peniaga di sini telah membayar sewa tapak kepada  Majlis Pembandaran Johor Bahru ( MPJB). Pihak majlis telah menyediakan tapak-tapak perniagaan kepada peniaga yang ingin menjalankan perniagaan di kawasan-kawasan yang dibenarkan sahaja.  Kemudahan tapak pasar malam yang luas juga telah menggalakkan peniaga-peniaga  menyewa tapak pasar malam  ini.

2) Modal
 Daripada pemerhatian saya juga , peniaga pasar malam  ini memulakan perniagaan mereka tidak memerlukan modal yang besar. Kebanyakan peniaga mengeluarkan modal yang kecil antara RM 200 – RM 300 untuk berniaga di pasar minggu ini. Sementara pulangan  mereka adalah besar.

3) Infrastruktur
Kemudahan infrastruktur juga mempengaruhi  perniagaan pasar malam  ini.  Daripada pemerhatian saya, saya dapati terdapat kemudahan infrastruktur yang terdapat  di sini antaranya ialah kemudahan tapak perniagaan yang selesa dan strategik, tempat meletakkan kenderaan yang luas dan tempat pembuangan sampah yang sistematik.

4) Pertambahan penduduk
Kebiasaannya pasar malam  ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli belah. Ini disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini yang semakin bertambah. Jumlah penduduk yang ramai ini sudah pastinya dapat meluaskan pasaran barangan yang dijual di pasar malam  ini.  Melalui pemerhatian saya, saya dapati bukan sahaja penduduk disekitarnya sahaja yang membeli di sini namun terdapat juga  pembeli dari taman yang berhampiran seperti Taman setia Indah, Taman  Seri Austin dan  lain-lain lagi.

5) Darjah ketersampaian
Darjah ketersampaian yang tinggi ke kawasan pasar malam  ini juga telah menggalakkan kewujudan  pasar malam  ini. Melalui pemerhatian saya, saya dapati  lokasi pasar malam ini sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah taman perumahan ini dan terletak di  tepi  jalan utama.  Terdapat  tempat perhentian bas  di kiri dan kanan jalan ini.

6) Kesesuaian waktu berniaga
Melalui temu bual dengan  ___________,  beliau suka pergi ke pasar malam  ini  kerana masa  perniagaannya yang sesuai iaitu pada petang Sabtu.  Hal ini demikian kerana pada hari biasa  beliau agak sibuk bekerja dan kepenatan untuk singgah ke pasar malam.   Sementara  masa perniagaan ini juga  sesuai iaitu di buka pada pukul 5 .00 petang hingga pukul 9.30 malam.

Saya juga bersyukur  kerana dengan  MPJB telah mewujudkan pasar malam  ini  dengan tempat  dan masa yang sesuai  yang telah memudahkan  penduduk setempat mendapatkan barangan keperluan harian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...