Melalui kajian saya juga, saya dapati dengan adanya pengangkutan awam di kawasan saya ini telah dapat menyatupadukan penduduk di taman saya tanpa mengira bangsa dan bagama. Sikap bertanggungjawab dan hormat menghormati juga telah dipupuk oleh penduduk demi memastikan perkhidmatan pengangkutan awam terus selesa. Secara tidak langsung semangat 1 Malaysia telah tersemai dalam jiwa penduduk dan juga kumpulan saya.
PERHATIAN!!!
Untuk Pelajar , Contoh Kerja kursus geografi yang disediakan di blog ini adalah khusus untuk pelajar SMK Taman Daya 2, Johor Bahru , Johor SAHAJA...
Untuk pembaca blog lain, sila ikut arahan guru sekolah anda masing-masing. Jika anda mahu mengambil entry ini sebagai contoh, sila tukar dan ikut keadaan pengangkutan anda di kawasan anda...
JANGAN TIRU 100% CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI DALAM BLOG INI.... Saya hanya membantu bukan menyuruh anda meniru... Harap Faham..
Friday, 24 May 2013
RUMUSAN
Kesimpulannya, pengangkutan awam ialah satu sistem pengangkutan yang mengangkut penumpang ataupun barang ke kawasan tertentu dengan dikenakan bayaran yang tertentu. Pengangkutan awam yang ada dikawasan kajian saya ialah bas awam dan teksi. Maelalui kajian yang telah saya lakukan, saya dapati terdapat beberapa kepentingan pengangkutan seperti _______________________, _________________, ________________ dan ________________________. Terdapat juga masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan saya seperti __________________, ____________________, ____________________ dan ___________________________. Sayajuga telah mencadang beberapa langkah penyelesaian dalam masalah ini seperti ______________________, __________________, _________________ dan _____________________.
Tuesday, 16 April 2013
Cadangan Mengatasi Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam
Cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam
1. Kuat kuasa undang-undang.
Melalui temubual yang
saya lakukan, tindakan tegas perlu dilakukan untuk mengatasi masalah pencemaran
bunyi dan udara ini. Aduan atau laporan perlu dibuat di Jabatan Alam Sekitar
atau Jabatan Pengangkutan Awam perlu
dilakukan. Jabatan ini akan membuat
rondaan dan menahan pengangkutan awam yang bermasalah dan mendenda dengan
denda yang setimpal.
2. Penggunaan petrol tanpa plumbum
Melalui pemerhatian saya,
pengeluran asap yang berlebihan dari bas-bas awam ini boleh dikurangkan
dengan penggunaan petrol tanpa plumbum. Penggunaan petrol ini walaupun agak
mahal tetapi boleh mengurangkan pengeluran karbon monoksida dan seterusnya mencemarkan udara.
3. Pendidikan alam sekitar
Melalui temubual
juga, saya dapati pemandu-pemandu bas
dan teksi ini perlu diberi pendidikan alam sekitar yang sewajarnya. Pendidikan
ini boleh dijalankan oleh Majlis Pembandaran Johor Bahru atau oleh Persatuan Teksi-teksi Sewa masing-msaing. Ini
akan menyedarkan mengenai sikap bertanggungjawab
dalam menjaga alam sekitar .
Cari 2 isi lagi yea…
saya boleh membantu sampai sini sahaja..
Masalah perkembangan pengangkutan awam di Taman Daya
Masalah Pengangkuatan Awam
di Taman Daya, Johor Bahru, Johor
1. Pencemaran udara.
Melalui pemerhatian , saya dapati pengangkutan awam ini telah meningkatkan
pencemaran udara. Ini kerana kebanyakan bas awam ini menggunakan minyak diesel
yang murah berbanding dengan minyak yang lain. Ini menyebabkan bas awam ini akan mengeluarkan asap yang
banyak dan mencemarkan kesihatan penduduk setempat.
2. Pencemaran bunyi
Melalui pemerhatian yang saya jalankan juga, perkhidmatan bas awam
yang ada di Taman daya ini mengeluarkan
bunyi yang sangat kuat. Kadangkala bas awam ini membunyikan hon dan
menyebabkan pencemaran bunyi berlaku.
3. Tambang mahal
Melalui temubual dengan ________________, beliau menyatakan
bahawa tambang teksi semakin mahal di Taman daya. Ini berkemungkinan kerana kedudukan taman ini berada di daerah Johor Bahru yang mempunyai kos sara
hidup yang tinggi. Dengan menaiki teksi dari jalan enau ke jalan sagu yang
jauhnya kira 2.5km sahaja sudah di caj sebanyak RM5.00.
Saya boleh bantu 3 isi sahaja..yang lain sila bincang dengan
guru kelas anda..saya harap anda tidak menulis semula sekali ( bulat-bulat
)..ubahlah ayatnya sedikit-sedikit..
Monday, 15 April 2013
Kepentingan Kegiatan Penternakan di Kangkar Tebrau, JB
Kepentingan kegiatan penternakan Kambing di Kangkar Tebrau,
Johor Bahru, Johor.
1. Sumber pendapatan
Berdasarkan pemerhatian saya, penternakan kambing ini memang
memberi sumber pendapatan kepada pengusaha dan penduduk sekitarnya. Ini
kerana pekerja-pekerja di pusat penternakan
ini adalah terdiri daripada penduduk
atau jiran yang berdekatan.
2. Peluang pekerjaan
Berdasarkan temu bual yang saya jalankan didapati
penternakan kambing yang dijalankan ini telah memberi banyak peluang pekerjaan
. Pekerjaan yang boleh dilakukan di sini ialah pekerja sepenuh masa iaitu
memberi makan seharian, memerah susu kambing, menyembelih kambing, memproses
daging kambing dan lain-lain lagi.
3. Sumber bahan
mentah
Berdasarkan pemerhatian saya, saya dapati , syarikat ini
telah membekalkan sumber bahan mentah kepada pasar-pasar di Johor Bahru, Pihak syarikat juga telah
membekalkan susu kambing asli yang terjamin keasliannya di pasaran
Bandar ini juga. Selain-itu juga, syarikat ini juga mengambil tempahan
untuk majlis akiqah dan majlis-majlis yang lain.
No 4, sila hurai sendiri beserta nilai yea...
Konsep penternakan
Ini konsep bagi tajuk penternakan.. harap dapat membantu pelajar-pelajar yang membuat tajuk ini.
Konsep dan jenis kegiatan
penternakan
Konsep dan jenis
kegiatan penternakan
Menurut Wikipedia, penternakan
adalah kegiatan menebang biak untuk mendapatkan manfaat dan hasil dari kegiatan
tersebut. Pengertian penternakan tidak terbatas pada pemeliharaan sahaja,
memelihara dan menternak perbezaannya pada tujuan yang ditetapkan. Tujuan
penternakan ialah mencari keuntungan dengan penerapan prinsip-prinsip
pengurusan pada factor yang telah dikombinasikan dengan optimum.
Jenis penternakan yang di jalankan
di Kawasan kajian saya ialah penternakakan kambing. Penternakan kambing telah
lama diusahakan di Kangkar Tebrau ini. Penternakan kambing ini dilakukan di
dalam kandang-kandang khas yang telah dibina. Sementara kambing-kambing ini
diternak untuk mendapatkan daging dan susu.
Sunday, 14 April 2013
Majlis perpisahan pengetua, Pn Hjh Jamiaah Binti Kechut...
Perginya seorang pengetua yang berpindah ke sekolah lain..Pn Hj Jamiaah Binti Kechut yang berpindah ke SMK Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.
Panitia Geografi SMK Taman Daya 2 juga turut bersedih kerana puan merupakan salah seorang guru geografi yang berpengalaman dan sangat meminati mata pelajaran Geografi..
Terasa kehilangan juga kerana beliau merupakan penyokong kuat segala aktiviti lestari dan alam sekitar..
Semoga beliau akan terus berjaya dengan gemilangnya..
Thursday, 4 April 2013
Aktiviti mencungkil bakat pelajar..
Semalam perjumpaan kelab Geografi dan Alam sekitar..
Ahli kelab telah dibahagikan kepada 2 kumpulan...Kumpulan pelajar lelaki dihendaki membersihkan tong Kitar Semula di kantin sekolah manakala kumpulan pelajar perempuan pula mencuba kraftangan menggunakan batang ais krim ...
Ahli kelab telah dibahagikan kepada 2 kumpulan...Kumpulan pelajar lelaki dihendaki membersihkan tong Kitar Semula di kantin sekolah manakala kumpulan pelajar perempuan pula mencuba kraftangan menggunakan batang ais krim ...
Pelajar mula mencungkil bakat yang terpendam..
Pelajar menggunakan alam maya untuk rujukan..
Gunting-gunting, potong-potong, tampal-tampal.....
dan
inilah hasilnya dalam masa 1 jam sahaja...
Penanda buku yang kreatif..
dan ini lagi...
Lain perjumpaan kita buat yang lain pula yea..
Wednesday, 3 April 2013
Kepentingan Perkembangan Pengangkutan Awam
KEPENTINGAN
PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI TAMAN DAYA, JOHOR BAHRU, JOHOR
Diantara kepentingan-kepentingan perkembangan pengangkutan
awam di Taman Daya, Johor, bahru, Johor ialah:-
1. Mengangkut
Penumpang
Berdasarkan pemerhatian, kami dapati kepentingan perkhidmatan bas awam, teksi dan
bas sekolah/van sekolah adalah mengangkut penumpang. Ini kerana kebanyakan
pengguna perkhidmatan ini adalah pengguna yang tidak mempunyai kenderaan sendiri . Kami
dapati juga penumpang-penumpang yang kerap meggunakan pengangkutan awam
ini adalah penduduk yang tinggal di
rumah-rumah pangsa atau flet di jalan _________, jalan ________________ dan
Jalan _________.
2. Menjimatkan masa
Menurut En/Pn ____________________, jika ingin cepat sampai ke Bandar raya Johor
Bahru dengan menggunakan teksi hanya mengambil masa hanya ____________ minit
sahaja. Walaupun perlu membayar kos yang
tinggi namun masa dapat dijimatkan. Ini menyebabkan ramai penduduk di taman ini
masih menggunakan perkhidmatan teksi untuk menyelesaikan urusan mereka.
3. Menjimatkan kos.
Menurut en/pn/cik ____________________ pula, beliau suka
menaiki bas. Ini kerana tambang menaiki
bas lebih murah daripada tambang menaiki teksi.
Untuk ke Bnadar raya Johor Bahru
mereka hanya perlu membayar ___________
sahaja. Menurut __________________, tambang
bas dari sekolah ke rumah masing-masing
pun murah, hanya __________ sahaja. Sebab itulah mereka suka menaiki bas awam
berbanding bas sekolah.
Sesungguhnya, penduduk Taman Daya bersyukur dengan adanya perkhidmatan bas, teksi dan bas sekolah ini yang memudahkan
urusan seharian mereka.
Penting!!!!!
Anda perlu menghuraikan
satu lagi kepentingan untuk
mendapatkan markah penuh ..
Anda boleh pilih
kepentingan di bawah:-
1. Mengurangkan kesesakan jalan raya
2. Ketersampaian
3. Meningkatkan mobility penduduk
Selamat untuk anda….
Jenis-jenis pengangkutan awam di Taman Daya
JENIS PENGANGKUTAN
AWAM DI TAMAN DAYA, JOHOR BAHRU, JOHOR
Melalui pemerhatian yang telah kami buat di Jalan Daya,
Taman Daya, Johor Bahru, Johor. Kami dapati terdapat beberapa jenis
pengangkutan awam iaitu:-
a) Bas Awam.
Terdapat perkhidmatan
bas awam yang mengangkut penumpang
melalui jalan ini. Antara bas yang menggunakan jalan ini ialah ………………………………..
dan ……………………………………….. Bas-bas ini
mengangkut penunpang di
perhentian-perhentian bas yang telah disediakan mengikut jadual syarikat
masing-masing. Kebanyakan penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas ini ialah
pemumpang yang ingin pergi ke kerja
dan Bandar raya Johor Bahru. Terdapat
juga pelajar sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas awam ini untuk ke
sekolah-sekolah yang berdekatan.
b) Teksi
Terdapat banyak perkhidmatan teksi yang terdapat di taman ini. Kebanyakan teksi-teksi ini menggunakan
perkhidmtan pusat panggilan radio masing-masing. Antara syarikat-syarikat radio teksi yang
terdapat di taman ini ialah ___________________, _____________________,
_________________ dan _________________.
Perkhidmatan teksi ini tidak mengira masa dan sentiasa melalui jalan Daya ini. Walaupun bayaran bagi
perkhidmatan bas ini mahal namun masa dapat dijimatkan.
c) Bas Sekolah / Van
Sekolah
Terdapat juga perkhidmatan bas sekolah di taman ini. Bas-
bas ini dipunyai oleh syarikat-syarikat
persendirian dan penduduk-penduduk di taman ini juga. Di taman ini terdapat tiga buah sekolah menengah , tiga buah
sekolah kebangsaan , sebuah sekolah
agama dan banyak tadika-tadika swasta.
Selain itu terdapat perkhidmatan bas sekolah bagi sekolah yang berada di luar
taman ini terutamanya sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan cina dan sekolah menengah cina di Bandar raya Johor
Bahru.
Contoh Borang Temu Bual kerja kursus geografi 2013
SEK MEN KEB TAMAN
DAYA 2
BORANG TEMU BUAL
1. NAMA : …………………………………………………….
2. UMUR : ………………
3. PEKERJAAN : …………………………………………………
4. PENGANGKUTAN AWAM YANG KERAP DIGUNAKAN : …………………………………
5. KENAPA SUKA MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM? NYATAKAN.
I) …………………………………………………
II) …………………………………………………
III) …………………………………………………
6. MASALAH YANG
SERING DIHADAPI KETIKA MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM
I) …………………………………………………
II) ………………………………………………
III) ………………………………………………
7. CADANGKAN BAGAIMANA BOLEH MENGATASI MASALAH DIATAS
I) ……………………………………………
II) ……………………………………………
III) …………………………………………
TERIMA KASIH.
*Para pelajar dikendaki menemubual pengguna-pengguna perkhidmatan pengangkutan awam itu berdasarkan soalan-soalan di atas sekurang-kurangnya 3 responden.
Semoga membantu...
Tapi anda juga boleh gunakan soalan dibawah:-
1. Siapa nama?
2.Nak ke mana?
3. Suka naik apa? bas ke teksi?
4. Kenapa suka?
5. Tambang berapa?
6. Dari mana ke mana?
7. Ada masalah tak?
8. Macam mana nak atasi?
9. Terima kasih
Ini soalan mudah jika hendak menemubual responden...
Tapi anda juga boleh gunakan soalan dibawah:-
1. Siapa nama?
2.Nak ke mana?
3. Suka naik apa? bas ke teksi?
4. Kenapa suka?
5. Tambang berapa?
6. Dari mana ke mana?
7. Ada masalah tak?
8. Macam mana nak atasi?
9. Terima kasih
Ini soalan mudah jika hendak menemubual responden...
Konsep Pengangkutan Awam - kerja kursus geografi 2013
Definisi
Pengangkutan Awam
Berdasarkan
Wikipedia, Pengangkutan awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri.
Menurut kamus dewan dan pustaka edisi keempat pula, pengangkutan awam dapat didefinisikan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan.
Berdasarkan blog http://farahsocialwork.blogspot.com, pengangkutan awam juga merupakan pengangkutan yang disediakan oleh pihak awam yang digunakan oleh orang ramai dan dikenakan bayaran. Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa tempahan. Kebanyakan penumpang bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan diantara rumah mereka dan tempat kerja, pusat beli-belah atau pendidikan
Menurut kamus dewan dan pustaka edisi keempat pula, pengangkutan awam dapat didefinisikan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan.
Berdasarkan blog http://farahsocialwork.blogspot.com, pengangkutan awam juga merupakan pengangkutan yang disediakan oleh pihak awam yang digunakan oleh orang ramai dan dikenakan bayaran. Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa tempahan. Kebanyakan penumpang bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan diantara rumah mereka dan tempat kerja, pusat beli-belah atau pendidikan
Contoh Penulisan Kaedah Kajian Kerja Kursus Geografi 2013
KAEDAH
KAJIAN
Bagi mendapatkan maklumat
dengan lebih lanjut, kami telah menggunakan beberapa kaedah iaitu:-
1) Kaedah pemerhatian
Kami telah melakukan kaedah
pemerhatian di Jalan Daya di Taman Daya dengan melihat jenis-jenis bas dan teksi yang kerap melalui
jalan ini. Kami juga mengambil gambar untuk membuktikan kaedah ini digunapakai.
2) Kaedah
Temu bual
Kami telah menemubual 5 orang responden yang terdiri daripada penduduk taman ini ..Soalan yang kami
ajukan adalah berkisar tentang perkhidmatan bas dan teksi yang digunakan oleh
mereka. Sila rujuk soalan temu bual yang disertakan.
3) Kaedah
rujukan
Untuk melengkapkan lagi
laporan kami ini, kami juga telah membuat beberapa rujukan di Perpustakaan SMK
Taman Daya 2. Selain itu, kami juga melayari laman web yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Kami juga merujuk kepada risalah-risalah yang telah diperoleh
daripada Syarikat Keck Seng (M) sdn Bhd.
Contoh Penulisan Kawasan Kajian Taman Daya.
KAWASAN
KAJIAN
Kawasan kajian yang telah
kami pilih dalam melengkapkan lagi kajian ini ialah di Taman Daya, Johor Bahru,
Johor iaitu kira-kira 14km di utara Bandar raya Johor Bahru. Taman Daya
merupakan sebuah kawasan kediaman yang telah dibangunkan oleh Syarikat Keck
Seng Sdn, Bhd.
Sejarah awal kawasan ini
merupakan kawasan kampong yang dipenuhi dengan tanaman getah serta kelapa
sawit. Pada akhir 1980-an, kawasan ini telah dibangunkan dengan jayanya sebagai
sebuah kawasan petempatan utama di Johor Bahru. Kawasan ini mempunyai bentuk
muka bumi yang beralun serta bersaliran baik.
Kawasan Taman Daya terletak
di parlimen Tebrau dan diselenggarakan oleh pihak Majlis Perbadanan Johor Bahru
Tengah. Kawasan perumahan di Taman Daya ini berdekatan dengan Taman Mount
Austin, Taman Setia Indah, Taman Delima dan taman-taman yang lain. Di Taman
Daya, pihak pemaju perumahan telah mempertingkatkan sistem pengangkutan yang
moden. Bagi penduduk taman ini yang ingin pergi ke Bandaraya Johor Bahru hanya
perlu membayar sebanyak lebih kurang RM15.00 jika menaiki teksi. Manakala bagi
yang menaiki bas pula, penduduk perlu membayar RM3.00 sahaja dengan mengambil
masa lebih kurang 45 minit.
Contoh penulisan Objektif Kajian Kerja Kursus Geografi 2013
OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif-objektif kajian yang saya jalankan ialah:-
1)
Mendefinisikan konsep pengangkutan awam di Taman Daya, Johor
Bahru, Johor.
2)
Mengenalpasti jenis-jenis pengangkutan awam di Taman Daya, Johor
Bahru, Johor.
3)
Menyatakan kepentingan – kepentingan perkembangan pengangkutan awam di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.
4)
Mengkaji masalah perkembangan pengangkutan awam di Taman Daya,
Johor Bahru, Johor.
5)
Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan masalah
perkembangan pengangkutan awam di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.
6)
Menyemai semangat bekerjasamaa dan semangat 1 Malaysia.
Contoh penulisan pendahuluan kerja kursus geografi 2013
PENDAHULUAN
Bagi memenuhi keperluan
Penilaian Menegah Rendah 2011, pelajar-pelajar Tingkatan 3 diwajibkan melaksanakan
Kerja Kursus geografi di sekolah. Saya dan rakan-rakan saya telah memilih tajuk
“ Pengangkutan Awan Di Taman Daya, Johor Bahru, Johor”.
Kami memilih kawasan Taman Daya kerana
lokasi ini merupakan tempat tinggal saya. Di taman ini terdapat banyak
kawasan petempatan yang yang begitu
padat dan kawasan perniagaan yang pesat membangun. Selain itu juga terdapat
jalan raya utama iaitu Jalan Daya yang sentiasa sibuk yang menjadi laluan utama
untuk taman-taman yang berhampiran untuk
keluar ke Bandar raya Johor Bahru. Jalan Daya ini juga merupakan jalan besar yang menjadi penghubung Taman Setia Indah, Taman Sri Austin, Taman Dato Onn, Taman Delima, Taman Adda Height dan taman-taman yang lain.
Untuk melengkapkan lagi
kajian ini, kami telah menjalankannya selepas waktu persekolahan.Masa yang
diperuntukkan untuk menjalankan kerja khusus ini ialah dari bulan Mac hingga bulan Jun.Setiap pelajar perlu menulis
laporan ini secara individu berdasarkan maklumat yang dikumpulkan secara
berkumpulan.
Tuesday, 2 April 2013
Contoh Penulisan Penghargaan Kerja Kursus Geografi 2013
PENGHARGAAN
Saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Daya 2, Pn Jamiaah bte Kechut kerana telah memberikan kepercayaan
sepenuhnya kepada saya dan rakan-rakan saya membuat kajian Geografi ini.
Terima
kasih juga, saya tujukan kepada guru Geografi Tingkatan 3 Dinamik ......, Pn/ En .................. yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada
saya dalam membuat kerja kursus ini dari awal hinggalah siap sepenuhnya.
Ucapan terima kasih juga
diberikan kepada ibu dan bapa saya, ............................ dan
.................................. yang telah memberikan banyak memberikan
dorongan dan nasihat kepada saya bagi menyiapkan kerja khusus Geografi ini .
Jasa mereka tidak dapat saya lupakan.
Tidak lupa juga kepada rakan
sekelas tanpa mengira bangsa dan agama kerana sudi menolong saya bagi
melengkapkan kerja khusus ini dengan sempurna terutamanya rakan sekumpulan
dengan saya iaitu ......................................,
.................................... , ................................... dan
..............................
Kerja Kursus Geografi 2013
Untuk para pelajar SMK Taman Daya 2.
Sila dapatkan soalan Kerja Kursus Geografi 2013 di SINI
Untuk makluman para pelajar semua, Semua guru geografi sekolah ini telah membuat keputusan untuk melaksanakan tugasan 1 iaitu berkenaan Pengangkutan Awam.
TUGASAN 1 : PENGANGKUTAN AWAM
Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang pengangkutan awam di kawasan tempat tinggal anda atau kawasan kajian.
Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:
Sila dapatkan soalan Kerja Kursus Geografi 2013 di SINI
Untuk makluman para pelajar semua, Semua guru geografi sekolah ini telah membuat keputusan untuk melaksanakan tugasan 1 iaitu berkenaan Pengangkutan Awam.
TUGASAN 1 : PENGANGKUTAN AWAM
Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang pengangkutan awam di kawasan tempat tinggal anda atau kawasan kajian.
Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:
- Konsep pengangkutan awam
- Jenis-jenis pengangkutan awam
- Kepentingan perkembangan pengangkutan awam
- Masalah perkembangan pengangkutan awam
- Cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam
- Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.
Untuk makluman anda semua, Tugasan 2 iaitu penternakan tidak sesuai dengan kawasan taman perumahan di Taman Daya ini.
Sila rujuk guru geografi anda untuk info selanjutnya..
Terima kasih..
Monday, 18 March 2013
Lawatan ke Tasik Kenyir
Panitia Geografi sekolah ini telah menganjurkan lawatan ke Tasik Kenyir pada cuti akhir tahun yang lepas.
Lawatan ini sungguh bermakna sekali kerana para pelajar dapat memudiki seluruh tasik Kenyir yang merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Malaysia.
Walaupun perjalanan dari Johor Bahru sangat memenatkan namun ketika melihat pemandangan tasik kenyir yang begitu menenangkan, segala penat hilang begitu sahaja.
Di sini saya kongsikan pengalaman berada di sana.
Lawatan ini sungguh bermakna sekali kerana para pelajar dapat memudiki seluruh tasik Kenyir yang merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Malaysia.
Walaupun perjalanan dari Johor Bahru sangat memenatkan namun ketika melihat pemandangan tasik kenyir yang begitu menenangkan, segala penat hilang begitu sahaja.
Di sini saya kongsikan pengalaman berada di sana.
Antara guru-guru yang menjadi orang kuat dalam lawatan ini.
Gembira menaiki bot..
Bergambar bersama pelajar
Berlatar belakangkan Tasik Kenyir
Melawat Taman Herba di Tasik Kenyir
Memang suatu pengalaman yang menyeronokkan dan penuh dengan ilmu pengetahuan...
Banyak lagi gambar yang hendak dikongsi namun kerana masalah teknikal tidak dapat dimasukkan di blog ini..
Semoga dapat melawat tempat yang lain pula..
Subscribe to:
Posts (Atom)