Apabila saya mengajar tajuk jenis-jenis perikanan, terdapat salah satu
jenisnya ialah perikanan akuakultur. Apabila pelajar mendengar sahaja saya menyebut
akuakultur, pasti mereka akan tertanya-tanya...
Cikgu, apa dia akuakultur???
Jadi inilah huraiannya... harap pelajar semua faham
yea..
Sebenarnya kegiatan akuakultur kini sudah semakin
meluas dan berkembang akibat daripada peningkatan permintaan terhadap ikan
di pasaran Malaysia..
Selalunya penternakan ikan air tawar dijalankan di
dalam kolam buatan, tasik bekas lombong dan sawah. Antara pusat pembiakan
ikan air tawar termasuklah Batu Berendam di Melaka,Bukit Tinggi di di
Pahang.
Ini penternakan ikan akuakultur di kolam-kolam.
dan ada jugak penternakan ikan yang dilakukan di
pinggir laut seperti di bawah ini..
Ikan-ikan yang diternak ialah..
Jenis ikan yang diternak termasuklah tilapia,
haruan, keli, patin, jelawat, belungkur dan udang galah. Penternakan ikan
air masin pula dijalankan dipinggir pantai dan muara sungai secara ternak
sangkar dan kolam. Jenis ikan yang diternak meliputi kerapu, siakap, udang
harimau, kerang dan ketam.
Jika anda ingin mengetahuinya lebih lanjut sila layari SINI
Jika anda ingin mengetahuinya lebih lanjut sila layari SINI
No comments:
Post a Comment