PERHATIAN!!!

Untuk Pelajar , Contoh Kerja kursus geografi yang disediakan di blog ini adalah khusus untuk pelajar SMK Taman Daya 2, Johor Bahru , Johor SAHAJA...

Untuk pembaca blog lain, sila ikut arahan guru sekolah anda masing-masing. Jika anda mahu mengambil entry ini sebagai contoh, sila tukar dan ikut keadaan pengangkutan anda di kawasan anda...

JANGAN TIRU 100% CONTOH KERJA KURSUS GEOGRAFI DALAM BLOG INI.... Saya hanya membantu bukan menyuruh anda meniru... Harap Faham..

Monday 14 May 2012

Kesan Ekosistem Hutan Terganggu


Dari kajian yang dijalankan, saya dapati terdapat beberapa kesan yang mengganggu ekosistem hutan ini. Antaranya :-

1.       Suhu Meningkat
Melalui pemerhatian saya, saya dapati  terdapat banyak kawasan yang masih dalam pembinaan.  Perluasan kawasan tersebut telah menyebabkan kawasan huta kecil atau belukar di sini  telah ditebang dan di terangkan.  Ini  mengurangkankan lagi kawasan hijau di kawasan kajian.  Oleh itu, kurangnya kawasan hijau di sini telah menyebabkan proses penyerapan haba kurang berlaku. Kesannya, suhu akan meningkat dan kawasan sekitarnya semakin panas.

2.       Perubahan Landskap
Akibat perbuatan  pihak pemaju yang berlumba-lumba untuk membuat pembangunan di kawasan sekitar kawasan kajian, menyebabkan kawasan yang dahulunya berbukit bukau dan  menghijau, telah menjadi gondola dan rata . Ini semua gara-gara pemaju yang ingin membina kawasan perumahan atau kawasan  perniagaan.

3.       Hakisan semakin berleluasa
Disebabkan kekurangan tumbuh-tumbuhan di kawasan kajian ini menyebabkan proses hakisan mudah berlaku. Melalui  pemerhatian, saya dapati jalan-jalan telah dicemari dengan aliran lumpur di cerun-cerun bukit yang masih tidak ditumbuhi rumput.
 
4.       Kepupusan flora dan fauna
Disebabkan  pembinaan sesuatu kawasan,  banyak kawasan huta dibersihkan. Ini menyebabkan flora dan fauna pupus. Selain itu juga, habitat haiwan juga terganggu dan haiwan-haiwan ini akan mencari habitat lain yang bersesuaian . Kadangkala , haiwan ini akan memasuki  kawasan petempatan yang berdekatan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...